Thursday, November 1, 2012

LAPORAN KEM BAKAT OLAHRAGA PN (HARI PERTAMA)

SALAM

DAY 1 : LAPORAN KEM BAKAT OLAHRAGA PELAPIS NEGERI PADA 30 OKTOBER 2012, PULAU PINANG.

Kem Bakat Olahraga Pelapis Negeri diadakan pada 30 Oktober hingga 03 November 2012 bertempat di Kompleks Sukan MPSP, Seberang Perai Pulau Pinang. Dihadiri oleh Seramai 57 atlet (20 wanita 37 lelaki) dari 13 buah negeri juga turut dibantu oleh 2 jurulatih/ atlet Keb ( Cik Roslinda Samsu), 3 jurulatih Serantau, 4 jurulatih PN dan 5 org SDO sebagai urus setia yang melibatkan semua acara.

Pecahan atlet dan acara:

Multilateral - 20 orang
Balingan- 8 orang
Lompatan- 7 orang
Pecutan- 11orang
Jarak jauh/sederhana- 11 orang

Hari pertama bermula dengan pendaftaran penginapan dan agihan baju latihan kepada atlet bermula jam 3.30 ptg dan diikuti dengan ucaptama dan kata alu-aluan yang telah disampaikan oleh Ketua Unit USPTN En. Mohd Fadil Mohamad, taklimat ringkas urus setia mengenai perjalanan kem dan diikuti dengan penerangan mengenai program latihan yang akan diadakan keesokan harinya oleh jurulatih Manshahar berakhir jam 5.30 ptg.

Pada sebelah malam jam 8.30 malam pula telah diadakan perjumpaan ketua jurulatih bersama jurulatih-jurulatih PS dan PN yang terlibat pada hari esok bagi membantu program latihan yang telah diaturkan. Di perjumpaan itu tadi jurulatih telah dipecahan kepada acara dan spesifik jurulatih berkenaan dan juga diperkenalkan jurulatih berkenaan dengan atlet-atlet yang akan dikendalikan oleh mereka mengikut program dan teknik latihan masing-masing.

Program latihan yang dipecahkan terbahagi kepada atlet multilateral dan spesifik. Pecahan acara dan jurulatih adalah seperti berikut :

Manshahar dan Roslinda - Multilateral
Hazril - Balingan (dibantu oleh Zamsairon jurulatih PN)
Mazlan - Lompatan
(dibantu oleh Md Shah Md Nor jurulatih PN)
Krishnan Thambusamy - Jarak Sederhana/Jauh/ trek (dibantu oleh Razaleigh dan Mohd Nizam jurulatih PN)

(Jurulatih PN akan juga akan terlibat dengan latihan multilateral mengikut jadual yang diatur oleh ketua jurulatih mengikut hari masing-masing)

Juga diadakan perjumpaan bersama SDO-SDO bagi pecahan tugas masing sepanjang kem berlangsung bagi memastikan perjalanan dan pengurusan kem berjalan dengan lancar dan berakhir jam 10.00 pada hari pertama.

Keesokkan hari atlet akan berkumpul jam 750 pagi bagi berjalanan ke Kompleks Sukan MPSP dengan menaiki bas MSN Pulau Pinang dengan menggunakan perkhidmatan oleh pemandu bas MSN Pulau Pinang sepanjang program berjalan.

Sekian laporan ringkas

terima kasih.

Norishah Sabidi
PPA (P88)
Pelapis Negeri

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.