Wednesday, November 7, 2012

Laporan Sesi Penerangan Dan Pelaksanaan Program Sukan Air untuk sukan Pelayaran di Putrajaya

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Tuan,

Dimaklumkan bahawa pada hari ini Cawangan Pelapis dengan kerjasama malaysian Yacht Association(MYA) telah mengadakan sesi pengenalan program sukan air untuk sukan pelayaran di beberapa buah sekolah di Putrajaya. Berikut adalah senarai nama pegawai dan atlet yang terlibat dalam melaksanakan program ini:-

1. En. Rashid Ramli                               - Cawangan pelapis
2. En. Megat Ahmad Kushairy Abd. Aziz - Cawangah Pelapis
3. Pn. Norfadhilah Mohd. Ali                    - Cawangan Pelapis
4. Pn. Norshilawati Md. Khairi                 - Cawangan Pelapis
5. Pn. Aida Nurdiana Zuber                     - USPTN WPKL
6. En. Azurashidi Yusuf                          - Pengerusi teknikal Pelayaran MSSP
7. En. Romzi Muhammad                       - Atlet Negara

Untuk makluman tuan juga, tentatif program yang dilaksanakan pada hari ini serba ringkas tetapi penuh dengan info dan segala maklumat dapat disampaikan kepada pelajar di setiap sekolah. Terdapat 3 buah sekolah kebangsaan yang telah terlibat dan butiran pelaksanaan program adalah seperti berikut:-

1.Sekolah Kebangsaan Persint 14(1)
   Waktu : 8.30 pg - 9.30 pg
   Tempat : Pusat Sumber Sekolah
   Anggaran kehadiran : 600 orang pelajar

2.Sekolah Kebangsaan Persint 9(1)
   Waktu : 10.30 pg - 11.30 pg
   Tempat : Tapak perhimpunan sekolah
   Anggaran kehadiran : 600 orang pelajar

3.Sekolah Kebangsaan Persint 16(1)
   Waktu : 12.00 tgh - 1.00 ptg
   Tempat : Dewan Sekolah
   Anggaran kehadiran : 300 orang pelajar

Maklumat beberapa orang guru di setiap sekolah yang berminat untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan juga telah diambil untuk menjemput mereka pada 20.11.2012 nanti.

En. sulaiman Mohd Rizlan (Ketua Unit JPWPP) telah hadir pada sesi terkahir program dan beliau telah menyatakan supaya pihak Majlis dapat mengeluarkan satu surat kepada JPN tentang program Klinik Sukan untuk atlet dan TID yang akan dilaksanakan pada 24.11.2012 nanti. Ini kerana melibatkan pelepasan dari ibu bapa dan insurans pelajar. Beliau pula akan memanjangkan surat tersebut kepada sekolah yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. 
--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN
CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.