Monday, November 19, 2012

Hari Kedua - Kem Bakat Angkat Berat Siri 2/12


Program pada waktu pagi bermula pada pukul 8.30 pagi. Peserta di bahagian kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan dibimbing oleh 2-3 orang jurulatih. 

Kumpulan A di latih oleh En. Faiz Musa dan En. Cornelius Pawon manakala Kumpulan B dilatih oleh En. Mustafa Kamal, En.Rizal dan En. Fazli. Semua program latihan dipantau oleh En. Nordin Jusoh. 

Kumpulan A memulakan latihan sesi pagi dengan aktiviti di dewan latihan angkat berat iaitu snatch, power snatch, power clean dan back squat manakala pada waktu petang mereka menjalani latihan Clean and Jerk dan clean pull. 

Sesi waktu malam dibatalkan kerana pihak ISN tidak dapat menyediakan kepakaran dari unit biomekanik. Atlet juga diberikan rehat yang secukupnya kerana mereka akan menjalani ujian kecergasan pada keesokkan harinya.

Laporan disediakan oleh:
Adam



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.