Tuesday, February 9, 2010

MESYUARAT KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2010 - KEDAH




Mesyuarat Penganjuran Karnival Pelapis Negeri 1/2010, Negeri Kedah yang pertama telah di adakan pada 9 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Kedah pada jam 10.30 pagi yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, En. Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, AMK., BCK., ASK.

Turut hadir bersama pada mesyuarat ini wakil-wakil daripada:-

1. En. Azemi Abdun - Penolong Pengarah (Pembangunan), Majlis Sukan Negeri Kedah
2. En. Sapri Bin Ahmad - Penolong Pengarah (Pentadbiran), Majlis Sukan Negeri Kedah
3. En. Mohd Sopian Hamzah - Ketua Unit, Cawangan Pengurusan Acara, Majlis Sukan Negara
4. En. Muhamad Ridzuan - Pegawai, Cawangan Pengurusan Acara, Majlis Sukan Negara
5. En. Mohd Nasir bin Yatim - Ketua Unit, USPTN Kedah
6. ASP Shahrim Azhar - PDRM (IPK)
7. INSP Azhar Bin Esa - PDRM (IPD)
8. En. Roshidi Bin Kassim - Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
9. En. Shahful Bakri Abd Razak - Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
10. En. Syed Noor Affendi Syed Darus - Jabatan Pelajaran Negeri
11. En. Abd. Rahman Bin Hussain - Jabatan Pengangkutan Jalan
12. En. Husin Bin Ahmad - Jabatan Kerja Raya
13. En. Mohd Shuhaimi Abdullah - Jabatan Imigresen Kedah
14. Puan Husaini Binti Husain - Jabatan Belia & Sukan
15. En. Razali Bin Ahmad - Majlis Sukan Negeri Kedah
16. En. Mohd Asraf Shiratuddin - Majlis Sukan Negeri Kedah
17. En. Zainal Abdullah - Grand Crystal Hotel
18. En. Razali Yahaya - Grand Crystal Hotel
19. Puan Rosniyah Zainudin - Sentosa Regency Hotel
20. En. Mohd Shahrizal Ramli - Sentosa Regency Hotel
21. En. Ahmad Najeeb Othman - Persatuan Sukan Negeri Kedah
22. En. Zulkifli Hassan - Penyelaras Menembak, Majlis Sukan Negeri Kedah
23. En. Akmal Hashim - USPTN Kedah
24. En. Mohd Fairul Fadzli - USPTN Kedah
25. En. Razis Rosli - USPTN Kedah
26. Puan Nor Zaihana Mohd Zain - USPTN Kedah
27. Puan Ku Fadzilah Ku Hamid - USPTN Kedah
28. Puan Nor Azian Hassan - Kewangan USPTN Kedah

Pada mesyuarat ini, Pengarah Majlis Sukan Negeri memberi sedikit makluman mengenai pengajuran Karnival tersebut yang akan dilangsungkan pada 21-25 April 2010 disekitar Alor Setar, Kedah dan memohon kerjasama daripada semua pihak yang hadir untuk membantu Majlis Sukan Negeri untuk bersama-sama menjayakan penganjuran tersebut memandangkan terdapat kekangan dari segi kewangan dan logistik. Pihak majlis akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Negeri Kedah di dalam mempromosi Karnival Pelapis ini secara menyeluruh melalui corong-corong radio.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah juga memaklumkan akan membuat satu lagi mesyuarat bersama Jabatan-jabatan yang terlibat secara penuh semasa berlangsungnya karnival pada April depan, di ikuti dengan mesyuarat Teknikal dan Pertandingan bersama persatuan-persatuan sukan negeri yang terlibat beserta Pengerusi Teknik Sukan di peringkat Negeri Kedah.

1 comment:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.