Tuesday, February 9, 2010

Perhimpunan atlet Pelapis Serantau bil 01/2010





Perhimpunan atlet Pelapis Serantau bil 01/2010

Cawangan Pelapis melalui Unit Pelapis Serantau telah menganjurkan kem
perhimpunan atlet pelapis serantau pada 02 hingga 04 Febuari 2010 di
Majlis Sukan Negara. Seramai 63 orang atlet, 15 orang jurulatih, 2
orang warden, 2 orang kakitangan akademi serantau terlibat dalam
perhimpunan kali ini yang melibatkan lima jenis sukan iaitu memanah,
olahraga, angkat berat, tinju dan berbasikal Kem yang pertama kali
diadakan sejak penubuhan akademi serantau pada tahun 2008 dirasmikan
oleh Pengarah Cawangan Pelapis En Jefri Ngadirin, bertujuan untuk
mengeratkan lagi siratulrahim di kalangan warga akademi serantau yang
melibatkan atlet, jurulatih, warden dan kakitangan akademi di Johor,
Pulau Pinang, Ipoh, SSBP dan SAAS.

Diantara aktiviti yang dijalankan semasa kem yang berlangsung selama
tiga hari ini adalah program team building yang mana diterapkan
elemen-elemen seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, target
setting dan kemahiran berfikir telah diterapkan kepada atlet dalam
usaha membantu atlet dalam mencapai kecermelangan dalam bidang sukan
masing-masing. Melalui aktiviti ini dilihat atlet melaksanakan semua
tuhasan dengan berjaya dan penuh semangat.

Aktiviti lain yang dijalankan juga seperti Mesyuarat Pelarasan bersama jurulatih dan
kakitangan akademi untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan pusat
latihan dan sebagainya. Selain itu dalam pembentukkan kerohanian
sepanjang kem ini berlangsung diwajibkan kepada semua atlet dan
jurulatih untuk bersolat secara berjemaah semasa Maghrib dan solat
subuh dan disertakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz
Hasnol.

Pada setiap pagi telah diadakan perhimpunan pagi yang diketuai
oleh En Makclin Amzah selaku kem komanden pada kem ini. Latihan
bersama dengan atlet pelapis kebangsaan dan elit turut diadakan bagi
memberi peluang kepada atlet mempelajari teknik dan latihan yang
dijalankan di MSN. Sesi ceramah turut diadakan pada hari kedua yang
disampaikan oleh Pn Hajjah Zaiton Othman yang bertajuk "Kerjaya dalam
Sukan".

Kesimpulan yang dapat selepas berakhirnya kem perhimpunan ini didapati
semua atlet dan jurulatih berpuas hati sepanjang kem kerana dapat
berkumpul serta bertukar-tukar pendapat dengan jurulatih-jurulatih
Pelapis Kebangsaan dan Elit dan diharapkan agar dapat diadakan setiap
tahun untuk memberi motivasi kepada setiap atlet dan jurulatih di
akademi serantau.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kem perhimpunan atlet
pelapis serantau ini dengan jayanya.

Laporan di sediakan oleh Izuwan KU(PS)

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.