Friday, February 19, 2010

LAWATAN KE AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN DAN SSBP





Salam 1 Malaysia

Lawatan Kerja ke Akademi Serantau Zon Selatan dan Pusat Latihan Serantau di SSBP

Pada 18 Februari Unit Pelapis Serantau telah mengadakan lawatan rasmi ke Akademi serantau Zon Selatan dan PLS di Bandar Penawar. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri perjalanan program latihan di Zon Selatan dan berjumpa dengan jurulatih serta atlet yang berada dalam Program Pelapis serantau. Kedatangan rombongan dari MSN di Akademi serantau ini telah disambut oleh atlet,jurulatih,warden dan kakitangan akademi dengan paluan kompang sertajamuan makan malam BBQ disediakan. Terima kasih kepada emua warga Akademi serantau diatas sambutan yang tidak diduga.

Lawatan di PLS SSBP
Satu mesyuarat telah diadakan bersama dengan Pengetua SSBP bersama jurulatih. Dalam sesi ini Pengetua SSBP telah menyambut baik kedatangan pihak MSN untuk melihat dan berbincang mengenai perkara-perkara yang melibatkan hal-hal pentadbiran dan masalah yang dihadapi oleh jurulatih serta atlet yang ada di SSBP. Pengetua juga berharap agar lawatan seperti ini akan kerap diadakan untuk memastikan perjalanan program agar lebih teratur dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan kadar segera. Cadangan dari pihak Pengetua juga agar program di serantau ini dapat diperkembangankan di SSBP dengan menambah jenis sukan yang sedia ada di SSBP seperti sepaktakraw dan angkat berat. Cadangan dari pihak SSBP akan dikemukan oleh Pengetua semasa perjumpaan dengan YBhg Dato' KP MSN pada 17 Mac 2010 di MSN. Hadir sama dalam lawatan ini ialah KUN Johor.

Mesyuarat bersama KUN Johor, Kerani, Warden dan Jurulatih di Pejabat USPTN Johor
Dalam mesyuarat ini banyak perkara-perkara perkara-perkara berbangkit yang telah diutarakan oleh semua pihak melibatkan pentadbiran dan pengurusan di akademi serantau zon utara. Pelarasan berkenaan isu ini akan ditangani secara bersama dan wakil dari Cawangan Harta En Hafiz Zamri dan Perkhidmatan Makanan Cik Shaasliza telah banyak membantu dalam menyelesaikan beberapa isu yang melibatkan kemudahan dan pemakanan di akademi. Mesyuarat yang berlarutan sehingga jam 5.30 petang ini diharapkan agar dapat menyelesaikan permasalahan di Akademi ini.

Sekian laporan saya, Izuwan dari Akademi Serantau Zon Selatan.

--
Norishah Sabidi

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.