Wednesday, February 24, 2010

Bengkel Penyelarasan Sukan Angkat Berat Cawangan Pelapis

Bengkel ini diadakan bagi menyelaraskan program latihan sukan angkat berat di peringkat Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri. Pihak Cawangan Pelapis merasakan program sedia ada yang dilaksanakan sejak tahun 2000 perlu diberi nafas baru dan pendekatan yang berbeza.

Melalui bengkel ini semua jurulatih di pelbagai peringkat telah diminta untuk membincangkan struktur program latihan di peringkat negeri, ujian-ujian yang perlu dilakukan, pemantauan dan pertandingan.

Pada bengkel ini juga semua SDO telah diminta untuk hadir sama dan membentangkan pelaksanaan sukan masing-masing bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang pelaksanaan program angkat berat di negeri mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.