Friday, February 12, 2010

Pusat Pelayaran Kebangsaan Langkawi

Dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh pelayar dan jurulatih adalah tidak mustahil sasaran untuk mengapai pingat di Temasya Sukan Asia 2010 dan Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010 akan tercapai.
Pihak ISN yang diketuai oleh Cik Azimah telah merangka program sains sukan yang mantap. Para jurulatih dan atlet telah diberi penerangan oleh pihak ISN tentang keperluan sains sukan di dalam memastikan mereka dapat mengikuti program yang telah ditetapkan. Pihak ISN juga berjanji untuk menambah kekerapan pemantauan dan perkhidmatan di pusat kebangsaan ini.

Melalui keputusan JKP yang diadakan pagi tadi diharap program latihan yang akan dilaksanakan akan lebih mantap dan sasaran pingat yang ditetapkan dalam acara optimist akan tercapai.

Bagi pihak MSN kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelayar dan terima kasih kepada MYA, ISN dan barisan jurulatih atas kerjasama yang ditunjukkan kepada kami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.