Monday, February 22, 2010

LAPORAN LAWATAN PEMANTAUAN KE PUSAT LATIHAN PELAYARAN, BATU LAUT, KUALA LANGAT





TARIKH LAWATAN : 18 Februari 2010 (Khamis)
TUJUAN LAWATAN : Pemantauan Pusat Latihan Negeri bagi sukan Pelayaran
TEMPAT : Batu Laut, Kuala Langat
MASA : jam 1530
ATLET : 8 orang
JURULATIH : 1. En. Mohd Shahrul bin Abdul Razak (JPM)

KEHADIRAN
Seramai enam (6) orang atlet penuh masa hadir di dalam sesi latihan semasa hari pemantauan. Seramai enam belas (16) orang atlit adalah atlit separuh masa yang mana menghadiri latihan pada setiap hari sabtu dan ahad bermula jam 0900 dan berakhir jam 1730 yang akan dikendalikan bersama jurulatih separuh masa, En. Mohd Hafizi bin Roslee. Ini adalah kerana, para atlit kebanyakkan berumur 12 tahun ke bawah, masih bersekolah dan lokasi tempat tinggal agak jauh dengan pusat latihan.

DISIPLIN
Disiplin para atlit bukan masalah bagi para jurulatih. Ini kerana, para atlit yang berlatih di pusat latihan ini merupakan para atlit yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan sukan pelayaran.

LATIHAN
Semasa hari pemantauan, program latihan tidak dapat dijalankan di laut kerana bukan waktu air pasang. Namun begitu, latihan teori dan ulang kaji teknik pelayaran tetap diteruskan oleh jurulatih di atas darat para atlit.

ISU-ISU DIBANGKITKAN
1. Masalah kekurangan peralatan-peralatan seperti tali layar yang amat kritikal bagi semua kelas pelayaran.

HAL-HAL LAIN
Perbincangan mengadakan Mesyuarat JKK pada awal bulan Mac dengan wakil persatuan persatuan serta pengajuran klinik dan pertandingan. Perbincangan dengan lebih lanjut akan dilakukan semasa sesi Mesyuarat JKK.

--
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.