Sunday, February 21, 2010

Day 5 in Sail the Gulf Qatar

Bersama ini di sertakan lapuran ringkas jurulatih negara dari Doha, Qatar. Kejohanan perahu layar Qatar International Regatta 2010 tamat semalam.

Keputusan keseluruhan di lihat pencapaian atlit kita membanggakan. terutama dalam kelas Optimist dimana tak persaingan langsung. Ahmad Latif Khan seperti di ramal mengekalkan kedudukan dari awal menjuarai kejohanan ini di cabar rakan senegara iaitu Ahmad Shukri dan Mohamad Farhan Hamid. Manakala Naib Johan Dunia Faizal hanya berpuas Hati di tempat Ke empat ini merupakan kekalah ke empat Faizal kepada Ahmad Latif Khan selepas kejohanan Dunia.

Dalam kelas Laser 4.7 Pelayar Negara Nuramirah Hamid berpuas hati di tempat kedua di belakang pelayar UAE
dan di tempat ke tiga Mohamad Amirul Shafiq dan seorang lagi pelayar negara Khairunneta Mohd Afendy hanya berpuas hati di tempat ke 6. Shafiq dan Khairunneeta merupakan Atlit negara yang pertama layak ke Youth Olimpik di singapura bulan Ogos ini dalam kelas Byte CII.

Dalam kelas Laser Standred Harith Ammry Nasution gagal mengekalkan pencapaian kerana hanya berpuas hati di tempat ke 9
Manakala dalam kelas Laser Radial Khairulnizam yang berjaya memintas tempat ketiga dan Naik podiam menerima Hadiah tetapi selepas dua jam menerima hadiah kemenangan tersebut di tarik balik oleh jury walaupun sebarang bantahan tidak di kemukaan.. Oleh kerana tiada maklumat lengkap berhubung perkara ini persatuan akan mendapatkan penjelasan dari pihak penganjur.

Keseluruhan pencapaian atlit memuaskan manakala pelayar Laser Standred dan Laser Radial dalam persiapan ke kejohanan Asia Pasific Laser Championship 2010 yang akan di adakan di Thailand pada 06 hingga 12 Mac ini. Terima kasih

Dari
Mohd Afendy Abdullah
GM- MYA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.