Saturday, February 6, 2010

Piala Dato Ahmad Ismail

Sebanyak 64 regu telah mendaftar pada sesi pagi bagi menyertai kejohanan antara regu ini di Gym 2, MSN. Disamping menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang, kejohanan ini dijadikan sebagai medan pemilihan atlet elit bagi menghadapi Sukan Asia di Ghuang Zhao nanti. Turut diadakan adalah pemilihan bagi skuad Pelapis Kebangsaan.

Menurut pengerusi jawatankuasa pemilihan atlet, En Asri ( Badang ), beberapa orang atlet remaja telah dikenalpasti pada sesi pagi pertandingan ini. Namun, senarai akhir nama-nama atlet Pelapis akan diperolehi selepas pertandingan ini tamat pada esok petang. Ini bermakna, peluang masih terbuka kepada atlet-atlet remaja untuk mempamerkan kehebatan mereka.

Turut hadir ke pertandingan ini adalah pasukan SUKMA Kedah dan Selangor yang menjadikan kejohanan ini sebagai medan menguji prestasi mereka sebelum SUKMA di Melaka Jun nanti. Jurulatih PLN Kedah, En Zabidi Shariff mengharapkan agar anak buah beliau dapat menunjukkan permainan yang baik serta memberi saingan kepada pemain-pemain yang lebih senior.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.