Monday, April 20, 2015

LAPORAN PENYERTAAN ATLET TAEKWONDO PROGRAM KHAS YOG 2018 DI 1ST ASIAN KADET TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2015, CHINESE TAIPEI

Tarikh       : 12-18 April 2015
Tempat      : Taipei City, Chinese Taipei
Kejohanan : 1st Asian Cadet Taekwondo Championships 2015

Seramai 3 orang atlet Taekwondo yang terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang atlet wanita menyahut cabaran bagi menyertai 1st Asian Kadet Taekwondo Championships 2015 di Chinese Taipei. Penglibatan atlet pada kali ini turut dibimbing oleh jurulatih Program Khas YOG 2018 iaitu Elaine Teo Shueh Fhern.  Kejohanan ini merupakan medan pendedahan yang pertama bagi atlet Program Khas YOG 2018 dalam kategori kadet bertanding. Penyertaan pada kejohanan kali ini membuka gambaran positif apabila seorang atlet wanita iaitu Nur Abilla Atilia telah berjaya membawa pulang pingat gangsa menerusi kategori bawah 37 kg (W). Berikut merupakan keputusan kejohanan :

15 April 2015

Keputusan kejohanan atlet YOG 2018 :

Suku akhir

Kat bawah 33 kg (L)
1. Imam Roif (MAS) tewas kepada Jasurbek Zokirov (UZB) (10-13)

Kat bawah 41 kg (W)
2. Siti Sara Wardina (MAS) tewas kepada Thi Kim Ngan Ho (VIE) (0-12)

Separuh akhir

Kat bawah 37 kg (W)
1. Nur Abilla Atila (MAS) tewas kepada Mobina Nejad (IRI). Gangsa untuk Nur Abilla.
LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.