Monday, April 23, 2012

HARI KE 2- KEM BAKAT ANGKAT BERAT SIRI 1/12

Tarikh : 15 April 2012

7.30 pagi - 8.30 pagi
Aktiviti dimulakan dengan renggangan dan sedikit latihan kekuatan bagi otot perut dan belakang sebelum memulakan larian di trek stadium SMK Tunku.Anum. Selesai larian, atlet bersarapan dan berehat sebelum sesi latihan diteruskan pada jam 10.00 pagi.

10.00 pagi - 12.30 t/hari
Atlet diberikan program latihan oleh jurulatih Md Noor Osman iaitu standing snatch,double jerk press dan standing clean and jerk.

4.00 ptg - 6.00 ptg
Sesi petang bersambung dengan latihan standing snatch,clean squat dan clean pull. Sesi kali ini juga dihadiri oleh En. Izwan Zawaki dari unit Biomekanik ISN untuk merakam teknik @ pergerakan semasa melakukan snatch dan clean & jerk.

8.30 mlm - 10.30 mlm
Sesi pembentangan dan analisis pergerakan angkatan daripada En. Izwan daripada Unit Biomekanik ISN dan sesi rumusan daripada jurulatih Md Noor Osman.

Laporan disediakan oleh:

Adam Shazan Amir

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.