Monday, April 2, 2012

Laporan Pertandingan Olahraga Zon Tengah 31 Mac 2012


Salam
 
Pertandingan Olahraga Zon Tengah telah diadakan pada 31 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Trek Latihan Majlis Sukan Negara. Acara bermula seperti yang dijadualkan iaitu 8.30am. Pertandingan ini disertai oleh 11 pasukan / negeri iaitu seramai 179 orang atlet. Pecahan atlet adalah seperti berikut:
 
1. Pelapis Serantau - L21(9), P21(2) = 11
2. Pelapis Kebangsaan - L21(4), P21(2) = 6
3. USPTN Selangor - L21(5) L15(3) , P21(2) P15(3) = 13
4. USPTN Kuala Lumpur - L21(11) L15(7), P21(9) P15(10) = 37
5. USPTN Negeri Sembilan - L15(5) , P21(3) P15(4) = 12
6. SUKMA Selangor - L21(7), P21(1) = 8
7. SMK SAAS, Kajang - L15(5) , P15(3) = 8
8. SSBJ - L21(17) L15(11) , P21(10) P15(13) = 51
9. Elit - L21(4) , P21(2) = 6
10. SMK Sri Sentosa - L21(5) , P21(2) =7
11. SMK Seksyen 11, Shah Alam - L21(3) L15(11) , P21(2) P15(4) = 20
 
Untuk pertandingan kali ini, pihak urusetia menggunakan electronic time. Berikut adalah diantara keputusan yang telah dipertandingkan (keputusan penuh sila rujuk dilampiran).
 
100m P15 (1 saringan)
1. Intan Safinas Samad (SSBJ) - 13.95s
2. Amera Shahfizh Hassan (SSBJ) - 14.02s
3. Ekhwa Nor Najwa (SAAS) - 14.06s
 
100m L15 (2 saringan)
1. Mohamad Qayyum Mohd Izlan (SSBJ) - 11.82s
2. Nor Iqbal Azizi Adnan (KL) - 11.89s
3. Muhammad Aiman Haiqal (SMK Sek. 11) - 12.26s
 
100m P21 (1saringan)
1. Zaidatul Husniah Zulkifli (P.Serantau) - 12.52s
2. Nurul Ashikin (P.Kebangsaan) - 13.21s
3. Eusania Anak Edwin Galang (SMK Sek. 11) - 13.33s
 
100m L21 (2 saringan)
1. S. Kannathasan (Elit) - 11.07s
2. Sebastian Lee Azcona (SSBJ) - 11.14s
3. Goh Thuan Tzhoe (SMK Seri Sentosa) - 11.29s
 
Lompat Jauh P15
1. Kirthana R (SSBJ) - 5.42m
2. Rosniza Rosli (SSBJ) - 4.85m
3. Malisha Nurkamalina (SSBJ) - 4.85m
 
Lompat Jauh P21
1.Siti Zubaidah Adabi (Elit) - 5.70m
2. NoorShahidatul Nadia (SSBJ) - 5.59m
3. Nur Izzati Kamal (SSBJ) - 5.16m
 
Lompat Jauh L15
1. Md Qayyum Muhd Izlan (SSBJ) - 5.83m
2. Muhd Filda Zainol (SMK Sek 11) - 5.50m
3. Ng Wei Kang (SSBJ) - 5.48m
 
Lompat L21
1. Mohd Saifuddin (elit) - 6.15m
2. Lee Sang Yi (SSBJ) - 5.98m
3. Mohd Shahrin Azwan (SMK Sek. 11) - 5.98m
 
Ulasan pertandingan:
1. Penyertaan agak memberangsangkan iaitu seramai 179 orang atlet. Penyertaan atlet paling ramai adalah dari Sekolah Sukan Bukit Jalil ( SSBJ) memandangkan jarak tempat pertandingan sangat dekat.
2. Pada permulaan, penyertaan atlet bagi acara 400m P15 adalah seramai 14 orang tetapi pada hari pertandingan hanya 4 orang atlet sahaja yang menyertai.
3. Bagi acara lompat jauh bawah 15 tahun lelaki dan perempuan mendapat penyertaan yang agak ramai iaitu L15 : 11 orang dan P15: 12 orang.
4.Pihak urusetia tidak mempunyai sebarang masalah semasa penganjuran pertandingan ini kerana mendapat kerjasama yanga amat baik daripada jurulatih - jurlatih olahraga Elit dan Pelapis, Pegawai dan Staff Pelapis, jurulatih sekolah yang terlibat dan atlet - atlet dari SSBJ termasuk Pengetua SSBJ yang turut membantu.
5. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
 
Berikut dilampirkan gambar semasa pertandingan dijalankan.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

NOR SHILAWATI

1 comment:

  1. Lompat L21
    1. Mohd Saifuddin (elit) - 6.15m Not 'Elit'.. 'Paralympic'! :)

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.