Tuesday, September 1, 2009

PLN BOLING PULAU PINANG





TARIKH : 25HB OGOS 2009
MASA : 1.00tgh hingga 5.00ptg.
TEMPAT : MEGA LANES PRAI, PULAU PINANG.


1. Hasil dari perbincangan PPN & JSM bersama keluarga atlet Cawangan Pelapis tempohari tentang jadual latihan untuk sepanjang bulan puasa seperti berikut ;

Hari dan Waktu Latihan Biasa

Program Level AA } Selasa dan Khamis : 6.30ptg - 8.30mlm
Program Level AAA } Sabtu : 1.00tgh - 3.00ptg

Hari dan Waktu Latihan Bulan Puasa

Program Level AA } Selasa, Rabu dan Khamis : 4.00ptg - 6.00ptg

Program Level AAA } Selasa dan Khamis : 5.00ptg - 7.00mlm
Sabtu : 1.00tgh - 3.00ptg


2. Hari Sabtu (25hb Ogos 2009) merupakan hari "ROLL OFF" bagi atlet Cawangan Pelapis program level AAA dan Skuad SUKMA dari pukul 1.00tgh hingga 3.00ptg.

3. PPN mengambil kesempatan pada hari tersbut untuk berjumpa dengan atlet yang hadir dan memaklumkan tentang bertapa pentingnya displin, ketepatan masa, kehadiran dan sikap setiakawan semasa dalam latihan.

4. JSM & JLN juga mengingatkan atlet atas apa yang diberitahukan oleh PPN sebentar tadi semasa sesi perbincangan antara atlet dan jurulatih.

5. Setiausaha Kehormat Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang, En. BC Cheah juga mengadakan perjumpaan bersama atlet yang hadir pada hari tersebut. Beliau memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada atlet yang hadir untuk terus memajukan diri.

6. EN. BC Cheah meminta Jurulatih Luar Negara (MSNPP), Jurulatih Sambilan dan PPN (USPTNPP) berganding bahu untuk memajukan sukan Tenpin Boling khusus bagi negeri Pulau Pinang.

7. Sebelum perjumpaan berakhir, PPN memaklumkan masalah kekurangan pelapis bawah 12 tahun kepada Setiausaha Kehormat dan PPN mencadangankan untuk mengadakan program TID dan pihak PTBPP bersetuju. Tarikh program masih belum di tetapkan.



Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL
Pegawai Pembangunan Negeri (SDO)
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.