Wednesday, August 22, 2012

Laporan harian kejohanan uci world track junior championship 2012

Salam

Tarikh 18 Ogos
Tempat Invercargill New Zealand

Hari ini pasukan remaja negara yang terdiri daripada malek marcuss
mccrone,mohd firdaus suardi dan ummi hamimah dan jurulatih Suod
Hussain telah bertolak dari pusat latihan di Melbourne seawal jam 5.30
pagi ke new zealand untuk menyertai kejohanan uci world junior
championship 2012. Ketua jurutih negara iatu john beasley turut sama
mengantar pasukan ke airport melbourne dengan menaiki pesawat air new
zealand.

Pasukan negara telah selamat sampai ke Invercargill pada jam 8.00
malam ( 4.00 pm) waktu malaysia yang mengambil masa kira- kira 10 jam
untuk sampai dari melbourne termasuk transit di Christchurch.

Kesemua atlet kelihatan letih tetapi dilihat bersemangat dan
penginapan pasukan di Balmoral Motel juga amat baik dan amat selesa
yang mana jarak ke velodrome adalah sejauh 1.5 km. Tempat penyimpanan
stor basikal juga disediakan bagi setiap pasukan.

Jadual latihan juga telah diperolehi yang mana pasukan negara akan
menjalani latihan di trek pada jan 9.00 pagi esok.Cuaca disini juga
lebih sejuk berbanding di melbourne iaitu sekitar 8 darjah celcius
pada waktu siang dan 1 darjah celcius pada waktu malam.

Pasukan berbasikal negara ini juha ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada semua warga pelapis serta rakan rakan seperjuagan.

Sekian laporan dari Invercargill.

Laporan disediakan oleh:
azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.