Sunday, August 26, 2012

Laporan harian UCI World junior championship invercargill

Salam

Incercargill new zealand
24 ogos 2012

Hari ini hanya melibatkan seorang pelumba negara sahaja iaitu malek
marcuss mccrone bagi acara 200m sprint men. Malek berjaya melayakkan
ke pusingan 1/16 dimana seramai 36 menyertai dan 24 pelumba terpantas
akan
Layak ke pusingan seterusnya dan malek berjaya menempatkan diri
didalam kedudukan ke 24 dengan catatan masa 11.111. Di pusingan 1/16
malek bertemu dengan pelumba dari australia iaitu schmid jacob yang
telah mencatat masa yang paling pantas di pusingan kelayakan dengan
masa 10.447. Keputusan pelumbaan pelumba australia berjaya menewaskan
malek. Walaupun tewas ini merupakan pencapaian terbaik oleh pelumba
sprinter remaja negara di dalam kejohanan world junior dimana belum
ada pelumba junior negara yang pernah melayakkan diri ke pusingan
1/16.

Pelumba muhd firdaus suardi yang mengalami kemalangan didalam acara
scratch semalam telah mengalami bengkak di lutut pada pagi ini. Beliau
telah di bawa berjumpa dengan doktor di velodrome untuk mendapatkan
rawatan. Doktor telah mengeluarkan surat untuk rawatan x ray di
hospital southland. Hasil pemeriksaan tersebut beliau tidak mengalami
sebarang keretakan di lutut tetapi ligamen beliau terkoyak sedikit dan
mengalami pendarahan di dalam cecair lutut yang menyebabkan lutut
beliau tidak boleh dibengkokkan. Doktor mengesahkan beliau tidak boleh
bertanding untuk acara individu pursuit dan juga point race untuk
keesokan harinya. Doktor UCI juga mengesahkan pelumba ini tidak boleh
menyertai pertandingan.

Manakala keadaan pelumba yang lain juga amat baik dimana ummi hamimah
telah pulih sediakala dari sindrom pening kepala dan muntah.

Esok pelumbaan yang melibatkan pelumba negara:

Ummi hamimah
Acara keirin
Jam 12.30 tgh.

Sekian laporan dari incercargill.

Laporan disediakan oleh:
Azrain

1 comment:

  1. Crop le gambo bang...sakit tengkuk tengok..huk3

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.