Monday, August 6, 2012

Olimpik London 2012: keputusan 05.08.2012

Tahniah kepada Dato Lee Chong Wei kerana mendapat pingat perak di dalam acara perseorangan lelaki setelah tewas kepada Lin Dan (CHN) 1-2. Walau pun tewas beliau telah menunjukkan semangat dan daya juang yang sangat tinggi.

Azizul yang berhadapan dengan pelumba tuan rumah Jason Kenny juga tewas di pusingan suku akhir. Walau pun berhempas pulas cuba menewaskan Jason namun pelumba GB ini memang berada di kelas tersendiri dan dengan rekod olimpik yang dipecahkan semasa pusingan awal seakan-akan memberi amaran kepada pesaing beliau agar berhati hati apabila bertarung denganya.

Noraseela Khalid dan Lee Hup Wei terkadas di pusingan awal apabila hanya menduduki tempat ke 9 dan ke 30 dalam acara masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.