Wednesday, August 22, 2012

Laporan harian UCI world junior track championships invercargill

Salam

Invercargill, new zealand
21 ogos 2012
8.15 pm

Aktiviti hari ini pendaftaran pelumba setiap pasukan mengikut acara
yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00tgh. Pendaftaran ini
diadakan di velodrome invercargill. Pendaftaran bagi pasukan malaysia
berjalan lancar dimana undang undang kejohanan uci trek mana-mana
pasukan yang telah mengesahkan penyertaan sebelum 12 ogos 2012 di kira
akan mengambil bahagian. Jika pasukan menarik diri selepas tarikh
tersebut persatuan kebangsaan negara tersebut akan didenda sebanyak
swissfrance 500 hingga 1000.

Pasukan negara menjalani latihan di velodrome bermula pada 3.00 petang
mengikut jadual yang telah disediakan bersama sama pasukan
australia,kazakstan dan canada.

Penganjur juga telah mengadakan mirrow welcome kepada semua pasukan
yang diraikan di pejabat datuk bandar invercargill bermula pada jam
4.00 petang.
Sejurus tamat jamuan tersebut setiap pengurus pasukan di bawa kembali
ke velodrome bagi mesyuarat pengurus pasukan yang bermula pada jam
6.00 petang.

Sebanyak 24 negara menyertai kejohanan pada kali ini dan apa yang
menariknya pada kejohanan kali penganjur tidak menggunakan transponder
seperti amalan kebiasaan kejohanan antarabangsa tetapi menggunakan
sistem yang baru yang mana hanya dapat diketahui semasa hari
pertandingan.

Esok bermula pertandingan yang bermula pada jam 12.30tgh hingga 3.05
ptg dan disambung semula pada jam 6.30 ptg hingga 8.05 malam. Esok
acara melibatkan acara team sprint lelaki/wanita kelayakan dan akhir
serta acara team pursuit lelaki/wanita kelayakan dan akhir.
Tiket kejohanan dikenakan bayaran sebanyak nz 5 bagi kanak kanak dan
dewasa nz 20 dan dilaporkan kesemua tiket telah habis dijual.


Pelumba negara tidak terlibat bagi acara ini dan hanya menjalani
latihan di trek pada jam 11.00 pagi selama sejam.

Keadaan pelumba juga amat baik dan tiada sebarang kecederaan.

Sekian laporan dari invercargill.

Laporan disediakan oleh:
Azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.