Thursday, December 20, 2012

Laporan kem latihan conditioning sukan olahraga (12 -22 disember 2012)

Salam sejahtera

Kem latihan sedang berjalan seperti dirancang dan seramai 42 atlet dan 4 jurulatih menjalankan 3 sesi latihan sehari. Tempat latihan adalah di Stadium Langkawi, tepi pantai dan kawasan Kompleks sukan pelayaran langkawi. Sesi pagi atlet akan menjalankan latihan di tepi pantai yang berhampiran dengan kompleks. Sesi petang latihan dijalankan di Stadium langkawi. Waktu malam kami adakan taklimat, latihan berkumpulan, sesi soal jawab bersama jurulatih.

Untuk makluman tuan, Cik Roslinda dan atlet P.Kebangsaan Muhd Ajmal Aiman telah pulang ke kedah pada 19 disember untuk majlis perkhawinan adiknya dan En. Mansahar telah sampai pada 19 disember untuk membantu program ini.

Walaupun ada masalah timbul sepanjang program ini tapi kem berjalan seperti dirancang dengan bantuan jurulatih dan penyelia kompleks Pn Mushira.

Sekian.

laporan disediakan oleh:
Vimalan


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.