Thursday, December 13, 2012

Pertandingan Sukan Memanah KRK Siri 2/2012

Laporan Harian 

13.12.2012

Pertandingan pada sebelah petang bermula jam 1.30 dengan 'Official Sightest' bagi Kategori II ( Lelaki & Wanita ) jarak Double 30m.

Selepas pertandingan pada petang tadi berlangsung penyampaian pingat bagi Kategori I jarak 90m & 70m lelaki, 70m & 60m wanita serta bagi Kategori II jarak Double 50m (Lelaki & Wanita ).

Penyampaian Pingat telah disempurnakan oleh YB Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Exco Adat Resam Melayu Belia dan Sukan N. Selangor. Turut bersama dalam Majlis tersebut adalah En. Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Nor, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan N. Selangor..

Pertandingan akan bersambung esok jam 7.30 pagi dengan acara Pusingan Olimpik.

Giam Fook Pang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.