Friday, December 14, 2012

PERTANDINGAN MEMANAH KRK SIRI 2/2012 - 14 Dis 2012 (Akhir)

Hari ini hari akhir bagi Sukan Memanah Karnival Remaja Kebangsaan Siri 2/2012. Pada pagi ini telah dipertandingkan Pusingan Olimpik Kategori I ( Lelaki & Wanita ).

Pada perlawanan akhir kategori lelaki, atlet Pelapis Serantau iaitu Mohammad Norhairul Nizam telah muncul juara setelah menundukkan pemanah dari Selangor Mohd Idris Shah dengan mata 6-2 manakala bagi kategori wanita telah dikuasai oleh pemanah-pemanah Pelapis Negeri dimana pemanah dari Melaka iaitu Nur Atiqah mengatasi pemanah Nuur Shafika Shamsudin dari Kelantan dengan sudden death satu panah.

Keputusan Rasmi
Pusingan Olimpik (Lelaki)
Emas - Mohd Norhairul Nizam (PS)
Perak - Muhd Idris Shah ( Selangor)
Gangsa - Muhd Ikram Joni (PS)

Pusingan Olimpik (Wanita)
Emas - Nur Atiqah Azizi (Melaka)
Perak - Nuur Shafika Shamsudin (Kel)
Gangsa - Nur Aliya Ghapar (PS)


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.