Thursday, May 23, 2013

Laporan Bengkel Penyelarasan Sukan Cawangan Pelapis 2013

Bengkel Penyelarasan Sukan Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara sedang berlangsung bermula pada 21 Mei hingga 23 Mei 2013 di Damai Laut Spa & Resort, Lumut Perak. Program ini melibatkan 65 orang jurulatih dari program Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Angkat Berat, Memanah, Menembak dan Tenpin Boling.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi menyelaraskan pelaksanaan program dan melakukan penambahbaikan yang melibatkan atlet, jurulatih dan pengurus sukan di peringkat Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis kebangsaan. Antara agenda yang telah ditetapkan ialah Pengurus sukan Cawangan Pelapis dan kesemua jurulatih Pelapis Negeri akan membuat pembentangan yang melibatkan perancangan program untuk tahun 2013-2016, latihan dan keperluan atlet, Kriteria pemilihan dan kelayakan atlet dan perancangan untuk jangka masa panjang. Para jurulatih juga ditempatkan didalam dewan yang berasingan mengikut sukan bagi membolehkan penumpuan dibuat untuk sukan tersebut.

Satu rumusan akan dibuat pada penghujung bengkel ini dimana ketua kumpulan yang dilantik untuk setiap sukan akan membentangkan kepada Pengarah Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara iaitu En. Jefri Ngadirin dan seterusnya akan diadakan sesi sola jawab bersama jurulatih-jurulatih yang terlibat.



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.