Thursday, May 30, 2013

LAPORAN HARI KE-4 KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 2013 (30.05.13)

Salam

Pada hari ke-empat kem berlangsung, dapat dilihat perubahan skor atlet telah banyak berubah dimana atlet sudah mula memahami teknik asas menembak yang banyak ditekankan oleh jurulatih pelapis kebangsaan pada kem ini. Jika pada hari kedua sesi latihan, purata skor atlet hanya 85- 89 tetapi masuk hari ini terdapat peningkatan skor iaitu purata 90 - 93.

Pada sebelah petang pula, satu siri pertandingan full course dijalankan untuk melihat prestasi keseluruhan atlet walaubagaimanapun pada siri kedua tembakan terdapat gangguan elektrik di kawasan lapang sasar dan pertandingan tersebut terpaksa dihentikan pada jam 4.00 petang dan perlu disambung pada esok hari

Sesi malam atlet diisi dengan program aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Tn Syed Abd Rahman yang berlangsung selama 2jam.

Sekian, laporan daripada Batu Pahat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.