Monday, May 27, 2013

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 2013 - 27 MEI 2013

Kem Bakat Sukan Menembak 2013 telah bermula pada hari ini sehingga 1 Jun 2013. Kem berlangsung selama 6 hari di Batu Pahat dimana tempat latihan akan dijalankan di Lapang Sasar Menembak Batu Pahat dan penginapan adalah di Crystal Inn.

Penyertaan kem kali ini adalah seramai 72 orang dengan pecahan 55 orang atlet, 9 orang jurulatih dan 4 orang SDO. Pada hari pertama tiada sesi latihan diadakan dan hanya taklimat program dan sesi ice breaking sahaja diadakan. Untuk sesi ice breaking ianya dikendalikan oleh Tn Hj Syed Abdul Rahman yang selalu mengendalikan sesi motivasi atlet untuk atlet Johor.

Program esok akan bermula dengan ujian kecergasan yang akan dikendalikan oleh pegawai daripada Pusat Satelit ISN Johor.

Sekian, terima kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.