Tuesday, May 28, 2013

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 2013 (28 Mei 2013)

Salam sejahtera

Hari kedua program kem telah dimulakan dengan sesi ujian kecergasan atlet. Sesi in dikendalikan oleh Pusat Satelit ISN Johor yang diketuai oleh En Sarkawi dan dibantu oleh 2 pegawai ISN, SDO dan jurulatih. Antara jenis ujian yang dijalankan adalah
Anthropometry ( weight, height, arm span, sitting height), Flexibility (modified sit & reach), Strength (max push up, max crunches, plank test, hand grip dan Aerobic test.

Pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang, atlet telah dibahagikan kepada 2 kumpulan acara iaitu rifle dan pistol dimana team leader bagi kumpulan rifle adalah Coach Yusri manakala bagi kumpulan pistol ialah Coach Tamara. Dalam sesi ini team leader membuat penerangan mengenai sukan menembak, teknik latihan asas serta membuat sesi soal jawab.

Untuk sebelah malam pula, satu ceramah pemakanan telah disampaikan oleh Pn Azura Nasir dari Pusat Satelit ISN Johor.

Sekian, terima kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.