Thursday, June 6, 2013

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT REMAJA (BAWAH 16) KEBANGSAAN 2013

Laporan Ringkas

5 Jun 2013 ( Rabu)

Hari merupakan hari pendaftaran dan mesyuarat pengurus pasukan Kejohanan Memanah Sirkit Remaja ( Bawah 16 ) Kebangsaan 2013.

Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempar di Bilik Mesyuarat MSN Keramat yang dipengerusikan oleh En. Hairul Annuar dari Cawangan Pengurusan Acara. Turut bersama pada mesyuarat tersebut adalah YBhg Dato Hj Hamid Hassan, Timbalan Presiden Persatuan Memanah Malaysia merangkap Pengerusi Pertandingan Kejohanan ini.

Seramai 138 orang atlet ( 79 atlet lelaki & 59 atlet wanita) telah mengesahkan penyertaan melibatkan 13 Pusat Latihan Negeri dan 3 pasukan kelab/jemputan. Senarai pasukan adalah berikut :

I. Perlis (3 lelaki 2 wanita)
ii. Kedah (6 lelaki 6 wanita)
iii. P. Pinang (7 lelaki 2 wanita)
iv. Perak (8 lelaki 6 wanita)
v. Selangor ( 12 lelaki 3 wanita)
vi. N. Sembilan (4 lelaki 7 wanita)
vii. Melaka (5 lelaki 7 wanita)
viii. Johor (6 lelaki shj)
ix. Pahang (5 lelaki 5 wanita)
x. Terengganu (7 lelaki 2 wanita)
xi. Kelantan (1 lelaki 2 wanita)
xii. Sabah (3 lelaki shj)
xiii. K. Lumpur (8 lelaki 4 wanita)

Selepas mesyuarat pengurus telah diadakan "Equipment Inspection" dilaksanakan oleh jury dan judges. Sementara menunggu giliran untuk "Equipment Inspection", sightest telah dijalankan juga.

Pada keesokkan hari akan dimula jam 9.00 pagi dengan jsrak 70m lelaki dan 60m wanita.

Laporan dari Keramat
Giam Fook Pang


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.