Sunday, June 2, 2013

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK 2013 (31.05.13)

Hari ini merupakan hari terakhir Kem Bakat Sukan Menembak 2013.  Pada sesi pagi atlet hanya menjalani latihan ringan dan dry fire sahaja memandangkan bekalan elektrik masih belum dibaiki sewaktu tiba pagi di lapang sasar.

Bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada jam 11 pagi dan pertandingan yang dihentikan pada petang semalam telah disambung semula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 8mlm.  Kelewatan adalah kerana bilangan atlet adalah ramai dan bay yang tidak mencukupi.  Berikut adalah keputusan pertandingan mini pada hari ini:

Air Rifle Lelaki
1. Nur Muhd Izham (Tganu) - 579
2. Zul Haziq (PK) - 572

Air Rifle Wanita
1. Nur Ain Kamari (Jhr) - 393
2. Wan Khaleda (Perak) - 384

Air Pistol Lelaki
1. Hazeeq Hakeem (Jhr) - 553
2. Low Wei Chern (Phg) - 550

Air Pistol Wanita
1. Nur Hidayah (Sel) - 365
2. Khairun Nasehah (Mlk) - 362

Secara keseluruhan, prestasi atlet adalah memberangsangkan dimana kesemua atlet PLN berjaya melepasi sasaran jurulatih PK iaitu skor tembakan melepasi 93.  Ini termasuk 27 daripada 45 atlet PLN merupakan atlet baru dalam program.  Sewaktu latihan awal purata tembakan atlet adalah 87-89 tetapi diakhir sesi atlet berjaya melepasi sasaran yang telah ditetapkan.

Rata - rata atlet berasa seronok mengikuti kem ini dan menyatakan supaya pihak MSN kerap untuk mengadakan kem sebegini kerana mereka dapat mempelajari perkara baru setiap hari.

Esok kesemua atlet akan pulang ke negeri masing masing mulai jam 1030 pagi.

Sekian, laporan dari Batu Pahat

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.