Thursday, June 6, 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1/13


Salam,

Untuk makluman kejohanan tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 05 - 09 Jun 2013

Tempat : MSN Keramat

Sebagaimana seperti amalan biasa, bagi menyelaraskan kejohanan ini, Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan seperti berikut :

Tarikh : 05 Jun 2013

Tempat : MSN Keramat

Masa : 8.30 malam - 10.00 malam

Kejohanan ini akan menyaksikan sebanyak 3 kategori umur dipertandingkan iaitu peringkat umur 13 - 14 tahun, 15 - 16 tahun dan 17 - 18 tahun dengan bagi setiap peringkat umur sebanyak 9 kategori akan dipertandingkan. Ini merupakan kali pertama peringkat umur 13 - 14 tahun dipertandingkan.Sebanyak 14 negeri dan 2 kelab dari Felda dan Batam, Indonesia menyertai kejohanan ini. Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau juga turut menghantar atlet bagi menyertai kejohanan ini menjadikan jumlah penyertaan ialah 18 pasukan. Berikut adalah merupakan statistik penyertaan bagi kejohanan ini :

1 ) Peringkat umur 13 - 14 tahun - 33 orang

2 ) Peringkat umur 15 - 16 tahun - 75 orang

3 ) Peringkat umur 17 - 18 tahun - 60 orang

Esok pertandingan akan bermula dengan timbang berat badan pada sesi pagi dan pertandingan akan bermula pada sesi petang.

Sekian, laporan dari Keramat.

Terima kasih.

Fairul Fadzly

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.