Wednesday, January 6, 2010

KARNIVAL BERBASIKAL - 28hb



28 Disember 2009 (Isnin)
Launceston, Tasmania, Australia
(Sirkit 3)

Pada hari ini, skuad Elit dan Pelapis Kebangsaan perlu menempuh perjalanan jauh selama lebih sejam untuk sampai ke venue pertandingan di Launceston. Perjalanan jauh pada hari ini amat berbaloi khususnya buat Azizul Hasni Awang apabila beliau beraksi cemerlang di dalam veledrome tertutup dengan trek sepanjang 287 meter yang dikenali sebagai ’Silverdome’. Skuad ini bertolak ke Launceston pada jam 11.00 pagi dan kembali ke tempat penginapan pada lewat malam kerana acara terakhir berakhir pada jam 11.00 malam.

Hari Azizul Hasni Awang bermula apabila beliau mendapat tempat pertama acara ‘Men’s Sprint – UCI’ setelah menewaskan saingannya iaitu Shane Perkins dari Australia di tempat kedua dan Eddie Dawkins (New Zealand) di tempat ketiga. Pencapaian atlet Elit lain di dalam acara ini adalah seperti senarai berikut Junaidi Nasir (12), Harrif Salleh (13), Hafiz Sufian (15) dan Syamil Bahrum (16).

Penguasaan Azizul Hasni Awang berterusan apabila beliau terus mendominasi acara ‘Men’s Keirin – UCI’ setelah menewaskan Sam Webster dari New Zealand di tempat kedua dan Matt Glaetzer dari Australia di tempat ketiga. Pencapaian terbaik atlet Elit lain di dalam acara ini adalah Edrus Yunos apabila mendapat tempat ke12.

Malam gemilang skuad Elit negara khususnya buat Azizul Hasni Awang dan rakan sepasukan iaitu Edrus Yunos dan Hafiz Sufian sukar digugat oleh pihak lawan apabila mendapat tempat pertama acara ‘Men’s Team Sprint’. Tempat kedua diisi oleh New Zealand dan diikuti oleh Australia 1 manakala satu lagi pasukan Malaysia yang dibarisi oleh Junaidi Nasir, Harrif Salleh dan Syamil Bahrum mendapat tempat keenam.

Malam gemilang mungkin berterusan di dalam acara akhir ‘Men’s Handicap 2000m’ buat atlet Pelapis Kebangsaan sekiranya Muhammad Syahriwan Mohd Shari tidak terlibat di dalam kemalangan ketika beliau berada di kedudukan selesa menuju ke garisan penamat.

Perjalanan pulang selama lebih sejam tidak terasa akibat kepenatan serta kepuasan dengan pencapaian pada malam ini.

Laporan dari Tasmania untuk hari kedua pertandingan bagi skuad negara.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.