Thursday, January 7, 2010

KARNIVAL BERBASIKAL - 30hb/ 1 Januari



31 Disember 2009 (Khamis)
Burnie, Tasmania, Australia
(Kriterium)

Hari ini skuad negara telah ke Burnie kerana berlangsung acara Kriterium (Jalanraya). Perjalanan ke sana mengambil masa sekitar setengah jam untuk sampai ke lokasi pertandingan. Bagi acara ini hanya tiga (3) atlet elit akan mengambil bahagian. Atlet Pelapis tidak mengambil bahagian kerana skuad ini hanya membawa basikal trek sahaja ke Tasmania, Australia.

Tiga atlet Elit yang mengambil bahagian adalah Amir Rusli, Akmal Harun dan Zamani Mustarudin. Daripada tiga (3) atlet Elit yang mengambil bahagian hanya Amir Rusli berjaya menamatkan perlumbaan dan mendapat tempat kelapan daripada 30 pelumba yang bertanding.

Sekian, laporan ringkas dari Tasmania..


1 Januari 2010 (Jumaat)
Burnie, Tasmania, Australia
(Sirkit – 6)

Hari ini adalah hari terakhir skuad Elit dan Pelapis Kebangsaan bertanding di dalam ‘Christmas Carnival Series 2009/2010’. Perlumbaan hari ini berlangsung di veledrome terbuka Burnie. Skuad negara tidak akan mengikuti baki dua (2) sirkit yang akan diadakan di Hobart dan St. Helens.

Hari terakhir beraksi di Tasmania memberikan keputusan yang amat positif kepada skuad Pelapis Kebangsaan. Bagi acara ’B Grade Scratch – Men’ skuad Pelapis Kebangsaan berjaya menduduki tempat pertama melalui Yusrizal Usoff. Tempat ketiga pula adalah Muhamad Faiz Syarifuddin Abd Kadir diikuti Mohamad Fakhruddin Dawod (ke 4) dan Muhammad Mustaqim Abd Kadir di tempat kelima.

Di dalam acara ’Men’s 3000m Wheelrace’, atlet Pelapis Kebangsaan iaitu Yusrizal Usoff sekali lagi hampir menempatkan diri di dalam kelompok pemenang namun beliau hanya memperolehi tempat kelima di dalam acara berkenaan.

Bagi acara wanita pula, Ju Pha A/P Som Net berjaya mencuri tumpuan dan memperolehi tempat keempat di dalam acara ’Women’s B Grade Scratch’. Tempat pertama dimenangi oleh Monica Bonasera dari pasukan Western Australia, diikuti tempat kedua oleh Laine Hammond dari Victoria manakala tempat ketiga Janella Smith (Tasmania).

Esok pagi @ 2 Januari 2010, Skuad Pelapis Kebangsaan dan tiga (3) atlet Elit akan bertolak balik ke Melbourne dan seterusnya skuad Pelapis Kebangsaan akan transit selama tujuh (7) jam di Lapangan Terbang Tullemarine, Melbourne sebelum berangkat ke LCCT, Kuala Lumpur pada 3 Januari 2010 dengan pesawat Air Asia.

Laporan ringkas dari Tasmania bagi penyertaan sulung Skuad Pelapis kebangsaan di dalam ’Christmas Carnival Series 2009/2010’.

Salam dari Tasmania.....

2 comments:

  1. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

    ReplyDelete
  2. thank to all manager involved who endlessly tried to write and sent the report back to us for publishing

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.