Wednesday, January 6, 2010

KARNIVAL BERBASIKAL - 29hb

29 Disember 2009 (Selasa)
Devonport, Tasmania, Australia
(Sirkit 4 – Hari Pertama)

Perjalanan mengambil masa selama setengan jam untuk sampai ke Devonport, sebuah bandar kecil pelabuhan. Lokasi veledrome ini terletak berdekatan dengan pantai serta pelabuhan tersebut.

Hari ini Akmal Amrun, atlet dari skuad Elit mendapat tempat ketiga acara ’A Grade Scratch’. Beliau tewas kepada Scott Law dari New South Wales yang mendapat tempat pertama dan Maddison Hammond dari Victoria yang mandapat tempat kedua.

Manakala bagi skuad Pelapis Kebangsaan, Yusrizal Usoff berjaya mencuri tumpuan John Beasley @ jurulatih skuad negara apabila berjaya mendapat tempat ketiga bagi acara ‘B Grade Scratch’. Tempat pertama dinobatkan kepada atlet dari Queensland iaitu Zac Deller diikuti tempat kedua kepada Nathan Corringan-Martella dari New South Wales. Satu permulaan yang baik.

Seorang lagi atlet Pelapis Kebangsaan iaitu Muhammad Mustaqim Abd Kadir telah layak ke perlumbaan akhir namun tewas di dalam acara ‘Men’s Handicap 1000m’.

Bagi acara ‘Men’s Keirin – UCI’, Azizul Hasni Awang mendapat tempat kedua di belakang Shane Perkins dari Australia manakala Barry Forde dari Barbados di tempat ketiga. Atlet lain dari skuad Elit iaitu Junaidi Nasir di tempat kelima, Edrus Yunos (10) dan Harrif Salleh (!2).

Sekian, laporan ringkas dari Tasmania, Australia.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.