Wednesday, January 6, 2010

KARNIVAL BERBASIKAL - 30hb



30 Disember 2009 (Rabu)
Devonport, Tasmania, Australia
(Sirkit 5 – Hari Kedua)

Skuad negara sekali lagi ke venue pertandingan sama pada hari ini. Nyata situasi ini memberi kelebihan kepada atlet skuad Pelapis Kebangsaan apabila mula menunjukkan peningkatan di dalam perlumbaan dan berjaya mendapat tiga tempat terbaik di dalam dua (2) acara yang dipertandingkan.

Mohammad Fakhruddin Dawod beraksi cemerlang di dalam acara ‘Handicap 2000m Wheelrace’ apabila berjaya mengikut rapat pemenang tempat pertama iaitu Peter Spencer dari Queensland dan Matt Glaetzer dari South Australia.

Manakala Muhd Arfy Qhairant Amran mendapat tempat kedua di dalam acara ’C Grade Scratch’. Beliau tewas kepada atlet Western Australia iaitu Bradley Robson. Tempat ketiga diisi oleh Luke Parker, atlet dari Victoria.

Seorang lagi atlet Pelapis Kebangsaan iaitu Mohamad Fakhruddin Dawod telah layak ke pertandingan akhir acara ’Men’s 3000m Wheelrace’ namun tewas di dalam perlumbaan tersebut.

Bagi acara ’Men’s Sprint - UCI’, Shane Perkins sekali lagi mendapat tempat pertama diikuti atlet Elit negara iaitu Hafiz Sufian di tempat kedua, Junaidi Nasir (ketujuh), Azizul Hasni Awang (10) dan Syamil Bahrum (12).

Di dalam acara ’Men’sTeam Sprint’ skuad Elit negara yang dibarisi Azizul Hasni Awang, Edrus Yunos dan Hafiz Sufian mendapat tempat ketiga manakala Junaidi Nasir, Harrif Salleh dan Syamil Bahrum mendapat tempat keempat di belakang pasukan New Zealand yang dibarisi Eddie Dewkins, Simon Van Velthooven dan Ethan Mitchell yang mendapat tempat pertama. Pasukan Australia 1 dibarisi pelumba seperti Joel Leonard, Maddison Hammond serta Shane Perkins mendapat tempat kedua.

Sekian laporan dari Devonport, Tasmania.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.