Tuesday, January 5, 2010

KARNIVAL BERBASIKAL - 26hb





26 Disember 2009 (Sabtu)
Latrobe, Tasmania, Australia
(Sirkit 2)

Hari ini skuad berbasikal Pelapis Kebangsaan (PK) dan Elit bertolak ke Latrobe seawal jam 7.00 pagi untuk menyertai Sikit ke 2 bagi ’Christmas Carnival Series 2009/2010’. Skuad ini tidak mengambil bahagian di dalam Sirkit 1 yang telah diadakan di Rosebery beberapa hari sebelum sambutan Krismas. Perjalanan mengambil masa hampir 45 minit dari tempat penginapan untuk sampai ke venue pertandingan iaitu sebuah veledrome terbuka di Latrobe.

Acara pada pagi ini dimulakan dengan acara ‘Men Sprint - UCI’ pada pukul 10.00 pagi, namun khabar gembira buat skuad negara tiba melalui acara ’Handicap 2000m Wheelrace’ apabila atlet skuad elit negara iaitu Akmal Amrun meraih tempat pertama dan Harrif Salleh di tempat kedua.

Keceriaan skuad negara sedikit tersentap setelah Azizul Hasni Awang tewas kepada Jackson Law dari New South Wales dan Peter Loft (Launceston) untuk meraih tempat ketiga bagi acara ’Handicap 3000m Wheelrace’. Nyata kelebihan yang diperolehi dua atlet berkenaan melalui acara ini apabila bermula di petak hadapan digunakan sebaik mungkin untuk menewaskan pelumba handalan negara ini.

Penampilan sulung atlet PK iaitu Yusrizal Usoff di kejohanan ini memberi sedikit keceriaan khususnya buat skuad Pelapis Kebangsaan walaupun beliau sekadar mendapat tempat keempat di dalam acara ’B Grade Scratch’ di belakang Alex Edmunson dari South Australia di tempat pertama diikuti Peter Spencer (Queensland) di tempat kedua dan Mitchell Bullen di tempat ketiga.

Acara ’Men’s Sprint - UCI’ dikuasai oleh Shane Perkins dari Australia setelah menewaskan atlet-atlet skuad Elit negara iaitu Azizul Hasni Awang di tempat kedua dikuti oleh Junaidi Nasir (ketiga), Syamil Bahrum (keempat), Edrus Yunos (keenam) dan Hafiz Sufian di tempat ke 11.

Shane Perkins sekali lagi beraksi cemerlang di dalam acara ’Men’s Keirin – UCI’ apabila beliau mendapat tempat pertama mengalahkan atlet skuad Elit negara iaitu Hafiz Sufian di tempat kedua diikuti Eddie Dawkins New Zealand di tempat ketiga, Barry Forde (Barbados) di tempat keempat dan Junaidi Nasir (kelima), Azizul Hasni Awang (keenam) serta Harrif Salleh (kesembilan).



Kecemerlangan skuad negara terserlah di dalam acara ’Men’s Team Sprint – UCI’ apabila pasukan Malaysia 2 yang dibarisi oleh Junaidi Nasir, Harrif Salleh dan Syamil Bahrum mendapat tempat pertama acara berkenaan. Tempat kedua diisi oleh pelumba dari pasukan New Zealand manakala tempat ketiga juga dikuasai oleh atlet dari skuad Elit iaitu pasukan Malaysia 1 yang dikemudi oleh Azizul Hasni Awang. Edrus Yunos dan Hafiz Sufian.

Manakala bagi acara wanita iaitu ’Women’s Pointscore – UCI’ Fatehah Mustapa menduduki tempat ketujuh. Tempat pertama hingga tempat keenam dikuasai oleh pelumba Australia didahului oleh Megan Dunn, diikuti oleh Belinda Goss dan seterusnya Isabella King, Kirsty Broun, Amy Cure serta Micheala Anderson.

Acara pada hari ini tamat pada pukul 7 petang. Esok adalah hari Ahad dan tiada pertandingan akan dikelolakan... sesuai untuk skuad ini merehatkan badan serta mengkaji prestasi masing-masing.

Sekian laporan dari Tasmania...

1 comment:

  1. mencari cerita tentang syamil bahrum...kat mana2 site..pasai kat umh di kg...x sempat nak ckp bab2 cycling nie

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.