Thursday, January 21, 2010

Penyelarasan Program Pelapis Bersama Persatuan Sukan Kebangsaan dan Jurulatih



Cawangan Pelapis telah mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Sukan Kebangsaan dan jurulatih dibawah program Pelapis bagi membincangkan pelaksanaan program Pelapis secara umum dan isu-isu yang berkaitan dengan latihan termasuk penempatan di SSBJ. Semua yang hadir juga telah di ingatkan tentang sasaran tahun 2010 iaitu Temasya Sukan Malaysia yang akan diadakan pada Jun nanti, YOG di Singapura dan kelayakan ke Asia Games serta Komanwel Games. Selain dari itu semua jurulatih telah di ingatkan untuk menyediakan atlet ke arah Sukan Sea yang di adakan di Indonesia pada tahun 2011 nanti.

Pihak persatuan dan jurulatih telah mengemukakan pelbagai isu termasuk jadual latihan, peralatan, pelepasan persekolahan, peluang pembelajaran, penempatan dan lain-lain lagi. Wakil-wakil persatuan juga telah membangkitkan isu-isu berkaitan sekolah sukan.

Hasil perbincangan ini nanti akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kebajikan yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan.

Sekian terima kasih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.