Sunday, October 31, 2010

Laporan harian Pelapis Serantau Sukan Angkat Berat dan Tinju di Karnival Pelapis Negeri 02/2010 Negeri Sembilan.

Laporan harian Pelapis Serantau Sukan Angkat Berat dan Tinju di Karnival Pelapis Negeri 02/2010 Negeri Sembilan.
Tarikh: 30 Oktober 2010
Masa: 2.30 ptg – 7 mlm
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Paroi(Angkat Berat)/Pasaraya Centre Point(Tinju)

Sukan Angkat Berat Pelapis Serantau.
Hari ketiga kejohanan  melibatkan pungutan pingat oleh atlet Pelapis Serantau dalam acara Angkat Berat. Berikut disertakan penglibatan atlet yang memperoleh pingat:-

1.Elisha Tan Kim Ho(ASZU) (kategori  94 kg)bawah 21 tahun (L)
Pencapaian: 2 emas (Snatch dan Clean &Jerk)
Angkatan: Snatch(120kg) dan Clean & Jerk (143kg)
Beilau berjaya memperbaharui rekod peribadinya di Sukan Malaysia 2010 Melaka pada angkatan snatch- 115 kg dan clean and jerk-137 kg.
 
2. Nor khasida Abdul Halim(ASZS)(kategori  69 kg)bawah 21 tahun (W)
Pencapaian: 2 emas (Snatch dan Clean &Jerk)
Angkatan: Snatch(75kg) dan Clean & Jerk (85 kg)
 
3. Tey Shan Fong (ASZU)(kategori  +75 kg)bawah 21 tahun (W)
Pencapaian: 2 emas (Snatch dan Clean &Jerk)
Angkatan: Snatch(85kg) dan Clean & Jerk (110 kg)
Beliau telah memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri semasa di Sukan Malaysia 2010 Melaka pada angkatan snatch 84 kg dan clean and jerk- 106 kg
 
Hari ketiga adalah hari terakhir bagi sukan angkat berat dan pungutan pingat keseluruhan bagi Angkat Berat Pelapis Serantau adalah 11 emas, 2 perak dan 3 gangsa.
 

Sukan Tinju Pelapis Serantau.

Hari ketiga kejohanan tinju melibatkan penyertaan 3 atlet tinju pelapis serantau iaitu Nor Mohd Zamani dan Asraf Zulkifli dan Zaidi Zulkifli.
1.Nor Mohd Zamani (kategori 51 kg) bawah 16 tahun
Pencapaian: mara ke pusingan akhir menewaskan petinju dari Labuan.

2.Zaidi Zulkifli (kategori 57 kg) bawah 16 tahun
Pencapaian: mara ke pusingan akhir menewaskan petinju dari Perak.
 
3. Asraf Zulkifli (kategori 60 kg) bawah 16 tahun
Pencapaian: mara ke pusingan akhir menewaskan petinju dari Sarawak.
 
Perlawanan akhir akan diadakan pada 31 Oktober 2010 jam 2.30 ptg.
 

Dilampirkan gambar kejohanan angkat berat dan tinju..

--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.