Thursday, October 7, 2010

Laporan Pemantauan Sukan Angkat Berat, Berbasikal, Olahraga danMemanah Akademi Serantau Zon Utara.



Tarikh : 7-8 Oktober 2010
Masa : 4 pm-7 pm
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara (berbasikal), Gimnasium Bukit Teh (Angkat Berat, Olahraga), Politeknik Pematang Pauh (Memanah)

Angkat berat

Latihan angkat berat bermula jam 5 ptg dengan kehadiran 3 atlet lelaki dan 1 atlet wanita. Dua jurulatih telah diamanahkan untuk melatih atlet sukan angkat berat iaitu jurulatih luar Negara En. Wang Zhi Quan dan En. Mohd Aizat selaku penolong jurulatih. Latihan pada hari tersebut melibatkan teknik angkatan menggunakan kekuatan otot quadriceps dan hamstring untuk memudahkan beban di tolak ke atas (explosive power). Selain itu, latihan juga tertumpu kepada dua atlet iaitu Elisha dan Mohd Syafiq yang akan menyertai Karnival Pelapis Negeri di Negeri Sembilan.

Berbasikal

Seramai 3 atlet wanita menjalani latihan pada sesi petang sekitar jam 4 ptg. Latihan dikendalikan oleh En. Razak Kamis. Antara program latihan yang dijalankan hanya lah melibatkan kayuhan roller. Ini berikutan keadaan cuaca yang mendung dan membataskan pergerakan atlet untuk berlatih di luar. Bagi atlet lelaki pula, latihan dijalankan pada jam 10.30 sebelah pagi dibawah kendalian En. Eddie . Atlet lelaki yang menjalani latihan adalah seramai 8 orang. Persiapan latihan atlet adalah melibatkan kejohanan terdekat iaitu Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis 2010 dan Jelajah Wanita pada 20 hingga 25 Oktober 2010.

Olahraga.

Sesi latihan sukan olahraga dijalankan di gymnasium dimana pada setiap hari rabu, latihan olahraga di jalankan di tempat tersebut. Tujuan latihan dijalankan di gimnasium adalah bagi membentuk kekuatan dan kecergasan fizikal. Seramai 4 atlet lelaki dan 2 atlet wanita menjalani latihan dibawah kendalian En. Thambu dan En. Juraimi.

Memanah

Sukan Memanah telah disenaraikan sebagai sukan yang baru di bentuk dalam Program Pelapis Serantau. Bagi pemulaan sukan tersebut, sesi pemantau tempat latihan yang baru telah dilakukan pada 8 Oktober 2010. Seramai 2 atlet telah mendaftar sebagai atlet memanah Akademi Serantau Zon Utara dan jurulatih yang dipilh untuk melatih atlet memanah adalah jurulatih Muhammad Tohir dari Indonesia. Setelah proses penghantaran peralatan memanah selesai, latihan akan bermula.
Sekian laporan pemantauan sukan Akademi Serantau Zon Utara..


--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.