Saturday, October 30, 2010

Memanah Karnival Pelapis Negeri Sembilan





Salam 1 Malaysia

Hari kedua sukan memanah Karnival Pelapis Kebangsaan dengan acara yang dipertandingkan 50 meter dan 30 meter individu lelaki serta wanita dijalankan di Institut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan.
Pada hari pertama kejohanan semalam melihatkan pasukan dari Pelapis Kebangsaan menguasai acara lelaki dan wanita. Bagi acara 70 meter pemanah Nurul Syafikah Bt Hashim dari pasukan Pelapis Kebangsaan mendapat 302 mata kurang satu (1) mata untuk memecahkan rekod pertandingan iaitu 303 mata yang dicipta oleh Tan Jia Min dari Pulau Pinang pada tahun 2005.

Izuwan Hj Arifin melaporkan dari IPRM, N. Sembilan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.