Wednesday, October 13, 2010

PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT


Salam,

Satu sesi pemantauan ke PLN Angkat Berat telah dijalankan seperti berikut :

Tarikh                : 11 Oktober 2010 ( Isnin )
Masa                 : 5.00 - 6.30 petang
Tempat              : Gym Angkat Berat SMK Tunku Anum
Kehadiran atlet   : 12/20

Sesi latihan berjalan dengan dipantau oleh En Mohd Nor Osman dan juga En Mohd Norshah Rizal. Latihan berjalan seperti biasa dengan penumpuan latihan adalah kepada teknik angkatan Snatch dan Clean and Jerk. Didapati jurulatih juga menetapkan sasaran angkatan kepada semua atlet bagi memastikan prestasi atlet sentiasa berada di tahap yang terbaik. Jurulatih memaklumkan hanya atlet terbaik sahaja akan dibawa ke Karnival Pelapis 2/2010 di Negeri Sembilan. Jumlah kehadiran atlet berkurangan memandangkan ada atlet yang sedang menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ).

Beberapa isu juga turut dibincangkan. Antara isu perbincangan adalah seperti berikut :

1. Daripada pemantauan didapati keadaan gym tidak berada di dalam keadaan yang baik. Didapati beberapa syiling telah terkopak sementara lampu juga tidak berfungsi. Ini dikhuatiri akan membahayakan keselamatan atlet ketika menjalani latihan.

2. Jurulatih juga memaklumkan bahawa mereka akan menggunapakai trek latihan di SMK Tunku Anum yang dijangka siap sedikit masa lagi bagi tujuan pelaksanaan ujian kecergasan ke atas semua atlet angkat berat.

Tindakan

1.Pihak MSN Kedah telah bersetuju untuk menjalankan kerja - kerja pembaikan ke atas kerosakan terlibat.

2. Akan dimaklumkan kepada pihak sekolah apabila trek tersebut dapat digunakan.

Para atlet kelihatan begitu bersemangat dalam menjalani latihan. Diharapkan usaha dan kerja keras mereka dapat dibuktikan ketika mereka bertanding kelak.

Sekian, terima kasih.

Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.