Tuesday, June 5, 2012

KEM PEMILIHAN SUKAN GIMNASTIK KE-2

Salam,
 
Dimaklumkan bahawa Kem Pemilihan Atlet Gimnastik Artistik telahpun bermula pada 4 Jun 2012 (Isnin) dan seramai 25 atlet dan 11 jurulatih telahpun melapor diri di Hotel Sri Petaling. Berikut adalah jumlah rumusan kehadiran atlet dan jurulatih untuk makluman:-
 
Atlet
1. Pulau Pinang - 2 org
2. Perak - 2 org
3. Selangor - 1 org
4. Johor - 3 org
5. Pahang - 4 org
6. Terengganu - 2 org
7. Sabah - 5 org
8. Kelantan - 5 org
9. Kedah - 1 org
 

Jurulatih
1. Pulau Pinang - 1 org
2. Perak - 1 org
3. Selangor - 1 org
4. Pahang - 2 org
5. Terengganu - 1 org
6. Sabah - 2 org
7. Kelantan - 2 org
8. Kedah - 1 org
 
Urusetia
1. Hanim
2. Megat
3. Giam
4. Norisman
5. Shahashuhaida
6. NorAdila

4 Jun 2012
Sesi telah bermula dengan sedikit taklimat kem tepat jam 4:00 ptg oleh ketua jurulatih kebangsaan, Mr Liu Hong Lu. Pada jam 8:30 mlm sesi suaikenal dan sedikit perbincangan bersama jurulatih mengenai kem telah diadakan.  
 

5 Jun 2012
Sesi hari ini telah dimulakan dengan latihan pada waktu pagi bermula jam 7:30 pagi dimana atlet-atlet ini dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana atlet-atlet dibahagikan mengikut negeri dan dipantau oleh jurulatih masing-masing. Cara pemilihan oleh jurulatih kebangsaan juga sepanjang kem ini adalah berdasarkan pemerhatian semasa latihan asas yang telah dimaklumkan terlebih dahulu semasa taklimat awal diberikan.  Sesi latihan ini akan berakhir jam 12 tghari dan akan disambung semula jam 3:30 ptg.
 
Untuk makluman, salah seorang atlet dari Selangor, Lee Boon Jun telah mengalami kecederaan semasa menjalani latihan pagi tadi dan terus dibawa ke ISN dan kaki beliau telah disimen. Atlet ini dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.  Sekian.
 
Rohaizah Hanim

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.