Wednesday, June 6, 2012

LAPORAN TEST TEAM PUSUIT/INDIVIDU PURSUIT DAN KEM ACC JUNIOR FASA 2








Tarikh:5 Jun 2012
Tempat: velodrome rakyat ipoh,perak

Sesi pagi 7.00 - 10.30 pagi

Sesi pagi ini untuk atlet bawah 23 tahun bagi membuat catatan masa di bawah masa 4 minit 30 saat yang telah ditetapkan bagi melayakkan untuk masuk ke program track endurance. Sesi dimulakan pada jam 8.50 pagi yang dimulakan oleh ujian bagi acara individu pursuit oleh pelumba nik mohd hazwan. Beliau hanya membuat catatan masa 5:03,839. Catatan masa untuk layak ke program track endurance elit adalah di bawah masa 5 :00.00. Bagi kelayakan acara team pursuit 2 pasukan yang terlibat yang kumpulan pertama bermula pada jam 9.30 pagi.

Berikut adalah catatan masa yang dibuat:

team 1
hamdan hamidun- pelapis kebangsaan
sofian nabil omar mohd bakri-pelapis kebangsaan
wan mohd syazwan-pelapis kebangsaan
mohd fakharuddin dawod- pelapis kebangsaan

catatan masa: 4:31.59
catatan masa layak ke elit: 4:30.00

team 2
mohd al ghazali abd hamid- elit
amirul anuar jafri- pelapis kebangsaan
abd rashid ibrahim- aszu
mohd faiz izuddin omar- pelapis kebangsaan

catatan masa : 4:37.933

Ujian masa ini diambil oleh komisaire PKBM yang diiktiraf iaitu en nazri daripada johor dengan dibantu oleh en gunasegaran dari negeri perak.

Hasil dari catatan masa ini Graham Sears telah memaklumkan kepada John Beasley dan telah mengarahkan ujian ini dibuat kali kedua pada keesokan hari yang telah mengambil kira keadaan angin pada waktu pagi yang akan bermula pada jam 8.00 pagi.

Bagi kumpulan ACC junior latihan dijalankan diatas lebuhraya yang bermula pada jam 7.00 pagi sejauh 50 km.

SESI PETANG

Sesi petang bagi kumpulan ACC junior di mulakan pada jam 3.00 petang di dalam velodrome dimana penekanan terhadap latihan bagi acara team pursuit dan team sprint.Sesi tamat pada jam 6.00 petang.

Bagi kumpulan bawah 23 tiada sesi latihan sebelah petang.

SESI MALAM

Sesi malam bermula pada jam 8.00 malam yang mana dikendalikan oleh team leader bagi sukan basikal di ISN iaitu en. Izham yang mana sesi kelas bagi nutrition untuk atlet-atlet tersebut. Sesi tamat pada jam 10.00 malam.

Sekian laporan dari Ipoh.

Laporan di sediakan oleh:

Azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.