Saturday, June 23, 2012

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN LUMBA BASIKAL GP KEBANGSAAN SIRI 02/2012


Tarikh.   : 22 Jun 2012
Masa      : 9:00 - 10:30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Arwana Inn,Pasir Puteh Kelantan

Mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan O2/2012 dimulakan dengan ucapan aluan Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan. Kemudian diikuti dengan taklimat pelumbaan oleh Ketua Komisar berkaitan peraturan kejohanan. Pada kejohanan ini, antara acara yang dipertandingkan adalah Individual Time Trial dan Road Race (Men Elit, Junior Men Elit, Women Elit).
Penyertaan negeri dan kelab melibatkan :

1. Kuala Lumpur
2. Johor
3.Terengganu
4.Kemaman Terengganu
5.Kelantan
6.Pahang
7.Sarawak
8.Pelapis Serantau
9.Pelapis Kebangsaan
10.MSN Elit
11.TSG
12.PDRM
13.ATM

Bagi kategori Men Elit seramai 65 pelumba didaftarkan, diikuti dengan Junior Men Elit seramai 80 pelumba dan Women Elit seramai 25 pelumba.

Isu berbangkit

Pihak komisar memutuskan untuk team car tidak mengekori pasukan masing-masing dan setiap pasukan hanya boleh menunggu di check point yang disediakan  atas saranan pihak polis serta keadaan jalan yg kecil.Namun,setiap pasukan tidak bersetuju sebab terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti feeding dan membaiki kerosakan basikal. Keputusan semula akan diputuskan sebelum bermula kejohanan esok.

Acara  pertama dipertandingkan iaitu Individual Time Trial akan bermula esok (23 Jun 2012 jam 2:30 ptg.

Sekian dari saya Syamsul Afzan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.