Monday, February 17, 2014

KEJOHANAN BYTE CII ASIA PASIFIC YOG QUALIFICATION CHAMPIONSHIP 2014

TARIKH                     : 5 - 10 FEBRUARI 2014

TEMPAT                    : KOMPLEKS PERAHU LAYAR KEBANGSAAN, LANGKAWI

PENYERTAAN            : 12 ORANG LELAKI, 6 ORANG WANITA


Kejohanan kelayakkan bagi Youth Olympic Games 2014 iaitu Byte CII Asia Pasific YOG Qualification Championship 2014 telah berlangsung pada 5 – 10 Februari 2014 yang lalu.  Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi anjuran bersama Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) dan  International Sailing Federation (ISAF) telah disertai oleh seramai 12 orang pelayar dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Jepun dan UAE.

Sebanyak 13 perlumbaan telah di jalankan sepanjang 5 hari kejohanan berlangsung bagi menentukan kelayakkan atlet-atlet pelayaran bagi kontinen Asia untuk ke Youth Olympic Games (YOG) 2014.   Di dalam sistem kelayakkan untuk Asia Continental  Championships,  sebanyak 8 slot telah diperuntukkan iaitu 4 lelaki, 4 wanita bagi memenuhi kuota dalam kategori Boys’s 1 Dinghy & Girls’s 1 Dinghy.

Pihak Cawangan Pelapis bersama Persatuan Pelayaran Malaysian telah menghantar 4 orang atlet pelayaran di bawah program Khas YOG Pelapis Kebangsaan iaitu Muhammad Hariz Safwan Ismail, Asri Azman, Nur Syazrin Mohd Latif dan Nurul Safira Mohd Saad untuk menyertai kejohanan kelayakkan ini dimana dua orang atlet tersebut iaitu Asri Azman dan Nur Syazrin Mohd Latif telah berjaya melayakkan diri ke temasya Youth Olympic Games (YOG) 2014 di Nanjing, China pada 16 – 28 Ogos 2014 nanti.


KATEGORI BYTE CII  MEN CLASS :


Kedudukan : 1st
Nama : Bernir Chin Cheok Khoon
Negara : Singapura
Total : 36
Nett : 18


Kedudukan : 2nd
Nama : Apiwat Sringam
Negara : Thailand
Total : 47
Nett : 33

Kedudukan : 3rd
Nama : Justin Chew Hanyi
Negara : Singapura
Total : 62
Nett : 39

Kedudukan : 4th
Nama : Asri b Azman
Negara : Malaysia
Total : 52
Nett : 39


KATEGORI BYTE CII  WOMEN CLASS :


Kedudukan : 1st
Nama : Nur Syazrin bt Mohd Latif
Negara : Malaysia
Total : 36
Nett : 18
Kedudukan : 2nd

Nama : Samantha Yom Jingyi
Negara : Singapura
Total : 47
Nett : 33
Kedudukan : 3rd

Nama : Nichaporn Panmuean
Negara : Thailand
Total : 62
Nett : 39
Kedudukan : 4th

Nama : Jasmine Low Yi Ying
Negara : Singapura
Total : 52
Nett : 39







No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.