Friday, February 21, 2014

Laporan Hari Pertama Kejohanan Sail The Gulf Qatar 2014

Tarikh : 18 Februari 2014
Tempat : Doha, Qatar

Pelayar- pelayar Kebangsaan (10 elit,8 pelapis) telah selamat tiba di Doha pada jam 12. 10 am waktu tempatan ( 5.10 am waktu Malaysia ). Suhu di Doha amat dingin (18 ~ 20 c). Untuk makluman, kami menginap di hotel Gloria (2km dari venue pertandingan).

Untuk hari pertama (19 Februari 2014), kami telah tiba di venue pertandingan pada jam 9.00 pagi dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur untuk sesi pendaftaran dan penyewaan bot pertandingan. Mesyuarat ketua pasukan (kategori Optimist berpasukan) yg dipengerusikan Oleh Kapt Arshad (pengarah pertandingan) telah diadakan pada jam 12 tghari. Sebanyak 7 pasukan (Rusia, Turki, Itali, Belanda, UAE, Qatar & Malaysia) telah menyertai pertandingan pada kali ini.

Perlumbaan bagi kategori Optimist telah dijalankan tepat jam 2.00pm dan berakhir jam 5.00pm. Pasukan pelayar optimist berpasukan telah muncul juara untuk pertandingan hari pertama dengan memenangi 6 perlumbaan.

Untuk hari pertama pertandingan.tiada isu dan permasalahan berlaku dan pertandingan berjalan dengan amat lancar. Pihak tuan rumah turut memberikan kerjasama yang baik terhadap pasukan Malaysia.

Sekian laporan hari pertama.terima kasih.






No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.