Friday, February 28, 2014

Laporan Hari Kedua Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan & Pelapis Serantau 2014


Tempat          : UiTM Shah Alam

Tarikh            : 26hb Feb 2014

Pada hari kedua, seawal 6.45 pagi atlet telah memulakan aktiviti yang pertama iaitu perhimpunan pagi. Selepas taklimat daripada kem komanden En. Onn Abd Rahman, para atlet bersama dengan jurulatih dan urusetia yang lain melakukan senamrobik pagi yang bertempat di dewan Pusat Sukan UiTM.
Setelah selesai senamrobik, atlet dan jurulatih bergerak ke kolej Melati untuk sarapan pagi. Pada pukul 8.00 pagi pula atlet dan jurulatih dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dimana atlet berada di dewan Pusat Sukan UiTM untuk sesi Ice Breaking bersama wakil dari Cawangan Hal Ehwal Atlet manakala para jurulatih pula bergerak ke Stadium UiTM untuk sesi ceramah psikologi bersama Dr. Mazlan Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam.
Seterusnya pada pukul 10.30, semua atlet dan jurulatih berkumpul semula di Pusat Sukan UiTM bagi Perhimpunan bersama YBhg Dato’ Harun Che Su Timbalan Setiausaha KBS.

Antara jemputan VIP yang turut memeriahkan perhimpunan tersebut adalah :


  1. YBRS Tuan Haji Saadon Shukor – Pengarah Bahagian Perancangan Korporat dan  Antarabangsa Institut Sukan Negara
  2. En. Arrifin Mohd Ghani – Pemangku Pengarah Bahagian atlet MSN
  3. En. Abdul Rashid Yaakub – Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
  4. En. Jefri Ngadirin – Pengarah Cawangan Pelapis MSN
  5. En. Cheah Ban Cheng – Setiausaha Kehormat Kongres Tenpin Boling Malaysia
  6. Tuan Haji Musa Bin Dun – Pengarah MSN Perak
  7. En. Nik Ahmad Said - Wakil Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia
  8. Wakil Persatuan Angkat Berat Malaysia
  9. Wakil Persatuan Taekwondo Malaysia
  10. Wakil Persekutuan Wushu Malaysia
  11. Wakil Pengarah MSN Kelantan
  12. Wakil Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sesi petang pula dimulakan dengan forum sukan yang bertajuk ‘A Route as a Successful Athlete’ bersama tiga orang ahli sukan jemputan iaitu Mirnawan Nawawi, Yu Peng Kean dan Irfan Samsudin. Forum ini dibantu oleh Puan Natasha Erina dari Cawangan Dasar MSN yang bertindak sebagai moderator forum yang mana membincangkan hala tuju, cabaran dan halangan mencapai kejayaan yang mereka kecapi sekarang.
Seterusnya pada pukul 4.30 petang, acara diteruskan dengan aktiviti riadah dimana atlet-atlet diberi peluang untuk melakukan aktiviti luar daripada rutin latihan dibimbing oleh jurulatih sukan masing-masing. Namun begitu, beberapa atlet juga seperti olahraga, wushu dan taekwondo masih mengadakan latihan seperti biasa.
Aktiviti malam pula bermula pada pukul 8.30 malam dimana atlet-atlet dan jurulatih didedahkan dengan ceramah bertajuk ‘Mengendalikan Media’. Sesi yang pertama dimulakan oleh Puan Natasha Erina dan En. Fahmi Omar dari Cawangan Dasar MSN dan seterusnya sesi bersama wakil dari TV3 En.Tabah Sazwan. Sesi ini adalah untuk membantu para atlet dari segi menangani pihak media agar tidak dimanipulasikan atau diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.
Setelah minum malam, hari kedua berakhir pada pukul 11.00 malam dimana atlet diserahkan kembali di bawah bimbingan Kem Komanden untuk taklimat aktiviti hari seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.