Friday, February 28, 2014

Laporan Hari Terakhir Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan & Pelapis Serantau 2014


Tempat          : UiTM Shah Alam
Tarikh            : 27hb Feb 2014

Hari ini bersamaan dengan hari Khamis merupakan hari terakhir perhimpunan di mana semua atlet, jurulatih dan urusetia akan kembali ke Majlis Sukan Negara dan ke Pusat Latihan masing-masing. Seperti biasa aktiviti dimulakan dengan perhimpunan pagi di mana taklimat program daripada En. Nor Izuwan dan Kem Komanden En. Onn Abd Rahman kepada atlet dan juga jurulatih. Seawal 6.30 pagi, senamrobik dijalankan oleh instruktor jemputan sehinggalah pada pukul 7.30 pagi. Setelah itu, semua atlet dan jurulatih ke dewan makan Kolej Melati untuk sarapan pagi.
Para atlet kembali ke dewan Pusat Sukan UiTM pada pukul 8.30 pagi untuk aktiviti yang seterusnya. Sekali lagi atlet dan jurulatih dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dimana atlet berada di dewan Pusat Sukan UiTM untuk sesi ceramah bertajuk ‘Transformasi Atlet : Dilema dan Cabaran’ oleh Dr. Hj Hamdan Mohd Ali yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya. Manakala para jurulatih berada di Bilik Seminar Stadium UiTM untuk sesi Kejurulatihan bersama Pengarah Cawangan Kejurulatihan MSN, En. Zawawi Zakaria.

Setelah minum pagi, semua atlet dan jurulatih berkumpul semula di dewan pusat sukan untuk Majlis Penutupan Perhimpunan yang ditutup oleh Pengarah Cawangan Pelapis En. Jefri Ngadirin. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Kejurulatihan, En. Zawawi Zakaria diiringi oleh Ketua Unit Pelapis Kebangsaan En. Azrul Hisyam dan Ketua Unit USPTN Selangor Puan Zie Ileana Izra Binti Ujang. Majlis penutupan menyaksikan sesi penyerahan semula bendera kepada Tuan PCP bagi simbolik berakhirnya Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau tahun 2014. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari bertempat di Dewan makan Kolej Melati.

Kaunter check out dibuka di Kolej Melati dan juga Kolej Delima pada pukul 1.30 petang. Semua atlet, jurulatih dan urusetia kembali ke MSN dan Pusat Latihan masing-masing.



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.