Sunday, March 2, 2014

16th Asian Youth (2014 Continental YOG Qualification),21st Asian Junior Women, 28th Asian Junior Men Weightlifting Championships

Tarikh : 1 - 12 Mac 2014 
Tempat : Bangsaen, Thailand

Setelah gagal pada percubaan pertama semasa di " 2013 World Youth Weightlifting Championships" di Tashkent, Uzbekistan untuk melayakkan diri ke Youth Olympic Games 2014 yang akan berlangsung di Nanjing, China, pasukan angkat berat remaja negara sekali lagi berusaha untuk melayakkan diri ke Nanjing apabila menyertai "16th Asian Youth Weightlifting Championships" yang berlangsung di Bangsaen, Thailand.

Pasukan negara kali ini terdiri daripada 4 atlet lelaki dan 2 atlet wanita serta dua orang jurulatih seperti maklumat berikut :

Atlet

1. Muhamad Darul Najmi - Kat 56kg
2. Muhammad Zaidi - Kat 62kg
3. Muhamad Afifi Haikal - Kat 77kg
4. Mohamad Nasir Roslan - Kat 94kg

5. Siti Zaleha Yusop - Kat 48kg
6. Jabriella Teo Samuel - Kat +69kg

Jurulatih

1. Nordin Jusoh
2. Nicholos Wong Chee Yen

Pasukan negara telah tiba di Bangkok pada jam 4:15 petang (waktu tempatan) iaitu 5:15 petang (waktu Malaysia) Perjalanan ke Bangsaen menaiki bas mengambil masa hampir dua jam dan proses pendaftaran pasukan dan penginapan telah mengambil masa hampir dua jam. Pasukan negara ditempatkan di Hotel Chon Inter bersama-sama beberapa pasukan dari negara lain. Untuk makluman hotel tersebut adalah bukan hotel yang telah digambarkan didalam surat jemputan yang telah dihantar dimana hotel yang terdapat didalam surat jemputan adalah hotel- hotel yang bertaraf lima bintang jauh beza dengan hotel yang telah diberi kepada pasukan negara.

Suhu disini adalah sekitar 28-36 darjah celcius. Esok akan bermula latihan rasmi setiap pasukan dan pertandingan akan bermula secara rasminya pada 4 Mac. Seramai 3 orang atlet lelaki serta seorang jurulatih akan menyertai pasukan negara pada 5 Mac bagi menyertai "28th Asian Junior Men Weightlifting Championship" kejohanan yang akan bermula sebaik sahaja " 16th Asian Youth Weightlifting Championship" yang juga merupakan kejohanan bagi kelayakkan ke YOG Nanjing 2014 melabuhkan tirainya.

Sekian.

Laporan disediakan oleh

Megat Ahmad Kushairy


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.