Friday, March 21, 2014

Laporan Hari Keempat: Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014

Tempat : Taiwan
Tarikh : 20 Mac 2014


Salam 1 Malaysia,

Hari ini merupakan hari yang penting bagi pasukan Taekwondo Remaja Malaysia dalam memburu misi untuk layak ke Temasya Remaja Olimpik di Nanjing China. Kejohanan yang bermula pada pukul 9.00 pagi bertempat di Teipei Arena dengan di hadiri 91 buah negara telah menjadikan kejohanan ini antara kejohanan yang paling berprestij di peringkat remaja pada tahun ini.

Pada hari pertama kejohanan kelayakan ke Temasya Remaja Olimpik ini pasukan Malaysia telah menghantar 4 orang atlet berlainan kategori. Ternyata negara-negara pilihan seperti tuan rumah Taiwan, Iran, Russia dan Korea telah menunjukkan kehebatan dan menguasai kebanyakan kategori yang dipertandingkan. Seorang atlet Malaysia iaitu Mohana a/p Mariappen telah berjaya sampai ke peringkat suku akhir dan tewas kepada atlet dari negara Iran berbanding atlet-atlet  Malaysia lain yang tewas di pusingan awal. 

Keputusan rasmi bagi atlet-atlet yang bakal layak ke Temasya Remaja Olimpik akan diumumkan pada keesokan hari dan berikut adalah keputusan kejohanan yang melibatkan atlet-atlet taekwondo Malaysia pada hari ini:-

Kategori bwh 48kg lelaki

Pusingan Awal
Muhamad Alif bin Ahmad Rosli (MAS) kalah kepada Mohamed Almaazmi (UAE) 

Kategori bawah 73 kg lelaki

Pusingan Awal
Khir Amir Salam Mohd Sulaiman (MAS) kalah kepada Said Guliyev (AZE)

Kategori bawah 49 kg wanita

Pusingan Awal
Jasmin Nabila bt Sikardi (MAS) kalah kepada Anastasia Annananadou (Greece)

Kategori bawah 63 kg wanita

Pusingan Awal
Mohana a/p Mariappen mendapat bye pada pusingan yang pertama.

Pusingan kedua
Mohana Priya a/l Mariappen (MAS) menang ke atas Renee Leyou (NZ)

Suku akhir
Mohana Priya a/l Mariappen (MAS)  kalah kepada Mahsa Jeddi (Iran)

Sekian terima kasih.
DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.