Monday, March 31, 2014

Latihan Jarak Jauh Berbentuk Jelajah Siri ke 2 ( Stage 6 ).

Salam, 

Destinasi pada hari ini (28hb Mac 2014) stage ke 6 iaitu dari Kangar, Perlis ke Baling, Kedah. Jarak kayuhan pada hari ini adalah di anggarkan lebih kurang 160km. Pelumba yang berkayuh pada stage ini seramai 7 pelumba lelaki dan 3 pelumba wanita.

Mereka adalah seperti berikut:

Pelumba lelaki
1. Afiq Huznie Othman
2. Akmal Hakim Zakaria
3. Asyraf Naim Ying
4. Ahmad Muazzam Iman
5. Muhammad Izat Tolha
6. Muhammad Danial Aiman
7. Daniel Haikkal

Pelumba wanita
1. Nurul Alissa Azman
2. Nur Rozi Yanti Mat Rodzi
3. Anis Amirah Rosidi

Mereka diiringi oleh 2 orang jurulatih dan seorang mekanik iaitu:
1. Suod Hussain - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
2. Muhammad Azri Yusoh - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
3. Mustakim Abd. Kadir - Mekanik Pelapis Kebangsaan

Kami bermula jam 7.15 pagi dan tiba di destinasi (Baling, Kedah) pada jam 11.30am.
Laluan yang dilalui adalah:
- Kangar, Perlis.
- Simpang Ampat, Perlis.
- Ayer Hitam, Kedah.
- Alor Setar, Kedah.
- Gurun, Kedah.
- Jeniang, Kedah.
- Baling, Kedah.

Effort yang dilakukan pada hari ini ialah :
- E1 - 160km (purata speed 35km/j).
- Inc. - E2 - 20 km X 1t (purata speed 43km/j)
- 30km X 1t (purata speed 43km/j )
- Individu - 3km X 2t (berkayuh di belakang team dgn jarak 10m)

Di sebelah petang mereka melakukan kayuhan recovery selama 1jam. Pada stage ke 7 esok (29hb. Mac 2014) kami akan membuat kayuhan dari Baling, Kedah ke Ipoh, Perak dan jarak kayuhan dianggar sejauh 200km. Kesemua pelumba dapat menghabiskan kayuhan dengan baik sekali, kecuali 2 pelumba wanita (Rozi Yanti dan Anis Amirah) yang hanya berkayuh sejauh 100km pada stage ini. 

Sekian laporan ringkas dari saya.
Suod Hussain / Muhammad Azri Yusoh
Jurulatih Pelapis Kebangsaan









No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.