Thursday, March 27, 2014

Laporan Hari Kesembilan : Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014

Tempat: Taiwan
Tarikh: 25 Mac 2014


Salam 1 Malaysia,

Kejohanan yang hanya tinggal 2 hari saja lagi menjadi semakin meriah apabila semua negara berlumba-lumba untuk memenangi pingat di kejohanan ini. Bagi pasukan Malaysia yang tewas pada pusingan pertama ternyata tidak mampu untuk mengalahkan pasukan lawan masing-masing yang lebih tinggi fizikalnya.

Pada keesokan hari pasukan taekwondo negara akan menghantar hanya seorang atlet sahaja bagi kategori bawah 55 kg wanita menerusi Goh Zhi Lin iaitu atlet pelapis serantau. Atlet ini yang mendapat bye pada pusingan pertama akan menentang pemenang di antara Alasandra Stavenkich (Belarus) atau Katma Saronggan (Turkey).

Berikut adalah keputusan pertandingan yang melibatkan pasukan Malaysia:-

Kategori bawah 52 kg wanita

Pusingan Awal
Jasmin Nabila bt Sikardi (MAS) kalah kepada Tuyen Truong Thi Kim (Vietnam)

Kategori bawah 59 kg wanita

Pusingan Awal
Mohana a/p Mariappen (Mas) kalah kepada Bhave Ruchika Shirrirang (India)

Sekian terima kasih



DINIE SUHAMI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.